in , ,

Langgan & Tonton Ratu The Movie di Astro First

Salam pembaca semua,

Hari ini dah pun 1 April 2011. Cepat betul masa berlalu. Bulan April dah mula menjengah. Hari ini juga Budiey diberitahu filem Ratu The Movie telah menemui penonton di Astro First. Jadi, kepada pembaca budiey.com yang masih belum lagi menonton filem ini, jangan risau, ini peluang untuk korang layan filem drama thriller ini di kaca TV bersama dengan kawan-kawan dan keluarga.

Nak langgan senang sahaja, hanya tekan butang saluran Astro 480, pilih poster filem RATU THE MOVIE dan ikuti arahan yang diberikan.

poster ratu the movie

Seperti ada aura tersendiri bagi filem Ratu The Movie ini apabila orang perseorangan masih memperkatakan berkenaan filem ini sehingga sekarang walaupun sudah dilepasi beberapa buah filem baru yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

Sama ada positif atau negatif, itu terpulang kepada hak individu itu sendiri kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan siapalah manusia yang boleh menyekat kebebasan bersuara manusia yang lain. Apa yang pasti, produksi Ratu The Movie tetap berdiri di atas kaki sendiri untuk terus maju ke hadapan ditambah dengan sokongan padu yang diberikan oleh penggemar-penggemar filem tempatan yang sentiasa menghargai kemunculan filem-filem baru di pawagam.

Ada diantara mereka memaklumkan keadaan cuaca yang nampak tidak begitu mengizinkan punca mereka tidak dapat ke panggung, tambahan jalan yang terlalu sesak. Hujung minggu pula terikat dengan komitmen ke rumah-rumah orang kahwin. Mereka akui tertarik melihat trailer filem yang sering dipaparkan di televisyen mahu pun di web-web internet.

Meriah sungguh promosi filem ini. Tapi sayang, kesuntukkan masa. Mungkin juga pertaruhan tarikh penayangan yang dipilih tidak tepat dengan musim orang rajin ke panggung, lagi-lagi terpaksa pula bersaing dengan filem-filem yang lain. Tidak mengapa, masih ada cara lain untuk mereka berpeluang menyaksikan filem ini. Filem yang diyakini bagus tak mungkin akan disiakan begitu saja dan mereka begitu gembira dengan berita ini.

Berbekalkan kepercayaan terhadap filem ini, pihak Astro First bersetuju untuk membawakan filem Ratu The Movie ini secara eksklusif ke kaca televisyen. Memahami genre filem ini yang lebih terasa moodnya jika ditonton bersama keluarga secara santai di rumah, ianya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Line Clear Motion Pictures (LCMP) merangkap produser filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen ketika ditanya mengenai filem yang kini berada di Astro First itu memberikan jawapan ini, “Kita akan ‘memahkotakan’ kembali Ratu The Movie melalui Astro First untuk menunjukkan yang kita tidak pernah berputus asa untuk sentiasa membawa pembaharuan dalam industri perfileman. Saya akui sambutan yang diterima di panggung-panggung adalah sederhana tapi itu tidak bermakna filem ini tidak bagus kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini memberikan reaksi yang baik. Cuma mungkin pemilihan tarikh tidak sesuai menyebabkan filem ini mempunyai penonton yang berjumlah kecil. Kini kita bersama Astro First membawakan secara eksklusif filem Ratu The Movie melalui medium paling mudah untuk mereka yang ingin menonton filem ini tetapi tidak mempunyai masa untuk ke panggung iaitu televisyen.”

Usaha itu tangga kejayaan. Mungkin inilah pegangan produksi Ratu The Movie ini. Memang sukar untuk menerangkan dengan kata-kata apatah terlalu banyak lemparan negatif terhadap filem ini walhal ia datang dari mereka yang tidak menontonnya lagi. Usaha produksi ini untuk membawakan sebuah filem yang merupakan satu genre terbaru di Malaysia di mana ia menggabungkan program realiti dan filem, digarap kemas oleh pengarah yang sudah berjaya dengan lebih 30 buah filem, Prof. Madya A. Razak Mohaideen harus diberi sokongan.

Bukan mudah menghasilkan sebuah filem yang mana watak-watak utama dilakonkan oleh 10 pendatang baru yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini. Tetapi produksi ini terlalu berani, kata mereka untuk melahirkan pelapis-pelapis baru, kita perlu berani mendedahkan mereka. Sayang jikalau bakat-bakat yang telah ditemui ini disimpan, alasannya mereka masih baru, tiada pengalaman, jadi siapa yang bertanggungjawab untuk memberi mereka pengalaman kalau bukan produser filem sendiri?

Disebabkan keyakinan ini, maka sekali lagi mereka ingin ‘memahkotakan’ RATU The Movie melalui Astro First bermula 31 Mac ini. Peluang kedua untuk penggemar filem tanah air menonton dan menilai sendiri filem yang dibintangi pelakon-pelakon baru seperti Tasha Shilla, Bkay Nair, Farah Rahman, Farahin, Jazzy, Sue, Arizan , Elya, Shazlyn dan dimantapkan lagi dengan gandingan barisan pelakon popular seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry KRU dan Azlee Khairi.

Ratu The Movie, sebuah filem bergenrekan realiti penggembaraan menampilkan 10 gadis jelita yang berjaya memasuki peringkat akhir program realiti ‘Pesona Ratu’. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dari segi fizikal mahu pun mental untuk memastikan mereka memenangi gelaran sebagai Ratu. Namun ia tidak mudah seperti disangkakan mereka.

Begitu banyak cabaran serta bermacam halangan yang terpaksa mereka tempuhi di samping menerima hakikat erti kehidupan sebenar sepanjang mereka terlibat dalam program realiti tersebut. Mempunyai kisah hidup yang berlainan di kalangan mereka, itulah yang harus mereka rungkaikan untuk memiliki gelaran Ratu. Adakah Ratu yang dipilih di dalam filem layak menjadi Ratu dalam industri perfileman kita? Anda tentukan.

Untuk melanggan, senang sahaja, cuma tekan butang saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan. Selamat menonton.

Temubual Budiey Bersama Azli Pelakon Ratu The Movie

Temubual Budiey Bersama Jazz Pelakon RATU THE MOVIE

Temubual Budiey Bersama Shazlin Pelakon RATU THE MOVIE

Temubual Budiey Bersama Farahin Pelakon Ratu The Movie

Temubual Budiey Bersama Fara Rahman Pelakon Ratu The Movie

Temubual Budiey Bersama Aliya Pelakon RATU THE MOVIE

Temubual Budiey Bersama Tasha Shila Pelakon RATU THE MOVIE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection

Chef Wan Keliling Dunia dalam Travelogue Ekspedisi 2011