in , ,

LoveLove SEDIHSEDIH WinWin OMG!OMG!

CEO Mypusaka Dedah Siapakah Waris Faraid Sebenar Arwah Abam

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

SIAPAKAH WARIS FARAID ARWAH ABAM?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ARWAH ABAM?

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh arwah dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang Arwah pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai arwah.

4. Jika ada sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang arwah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh arwah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)

HAK WARIS

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid

Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan saman menyaman tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mati, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

ANALISA PERIBADI SAYA

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka arwah Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mati dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka

Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cubaan Lagu Balada Pertama, Sissy Imann Tampil Matang dengan BISA MENCINTA

Gambar Hiasan

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut