in , ,

Cubaan Lagu Balada Pertama, Sissy Imann Tampil Matang dengan BISA MENCINTA

Nama Sissy Imann memang sudah cukup sinonim dengan muzik yang berkonsep dengan kejayaan beberapa single sebelum ini telah meletakkan namanya di kelas yang tersendiri.

Menerusi siri Joox Originals, kali ini Sissy Imann tampil dengan buah tangan terbaru berjudul Bisa Mencinta. Cubaan pertama dengan karya bergenre balada, Bisa Mencinta kedengaran lebih matang sekali gus mampu mengubah persepsi para pendengar dengan kemampuan Sissy membawakan pelbagai jenis muzik. Masih mengekalkan cara nyanyian dan elemen unik Sissy di dalam gubahan muzik, lagu ini juga menjadi penanda aras kematangan beliau dalam dunia nyanyian.

Cubaan Lagu Balada Pertama, Sissy Imann Tampil Matang Dengan Bisa Mencinta

“Menerusi siri JOOX Originals ni, saya dapat peluang untuk cuba genre baru. Kalau sebelum ini rilis lagu yang rancak-rancak sahaja, inilah masa untuk saya cuba sesuatu yang baru.” kata Sissy.

Tambahnya lagi “Dari segi vokal sememangnya sangat mencabar sebab buat kekuatan Sissy.” Namun Sissy telah menyahut cabaran ini dengan baik.

Bisa Mencinta boleh didengari secara eksklusif di aplikasi Joox bermula dari 14 Ogos dan muzik video rasmi boleh ditonton bermula 17 Ogos juga di saluran Joox Malaysia.

Cubaan Lagu Balada Pertama, Sissy Imann Tampil Matang Dengan Bisa Mencinta
Cubaan Lagu Balada Pertama, Sissy Imann Tampil Matang Dengan Bisa Mencinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak 2020 | 18

Zizan Dikecam Lepas Buat Lawak Seluar Dalam Jennie Blackpink

Abam Bocey 2020 | 19

CEO Mypusaka Dedah Siapakah Waris Faraid Sebenar Arwah Abam