in , ,

Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Ada saja pendedahan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya bertebaran di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan sesama netizen.

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video lucah didakwa mirip Ustaz Ebit Lew sehinggakan ada netizen mendedahkan bukti mendakwa lelaki dalam video berkenaan adalah pendakwah tersebut.

Kontroversi melibatkan influencer terkenal, Caprice dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sebelum ini sememangnya menjadi bualan ramai.

Boleh dikata influencer tersebut teruk dihentam netizen kerana dilihat sengaja mencetuskan pergolakan, lebih-lebih lagi melibatkan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, pendakwah bebas berkenaan telah dihimpit satu lagi dakwaan yang cukup besar iaitu berhubung kait dengan dakwaan serangan seksual dan perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tidak hanya setakat itu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew.

Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Jika anda masih ingat lagi, pada Julai lalu penyanyi rap Caprice berkata dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugutan diterimanya serta mengatakan selama ini satu Malaysia telah ditipu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meminta agar Ustaz Ebit Lew memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain.

Ariz Ramli tetap mendoakan yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar beliau bertaubat.

Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Kata Caprice lagi, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan serta mendoakan individu tersebut kembali bertaubat.

Terdahulu, susulan pendedahan tersebut Firdaus Wong berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Pendedahan itu benar-benar mengejutkan ramai kerana nama Ustaz Ebit Lew turut terseret sama walaupun tidak dapat dipastikan lagi sebarang kesahihannya.

Walau bagaimanapun, para netizen diminta untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan supaya siasatan pihak polis yang sedang berjalan tidak terganggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu DINDA Nyanyian Kugiran Masdo Kini Trending di TikTok Indonesia

Kak KM Buat Ibu Sebak, Hadiahkan Gelang Emas Hampir RM100,000