in , ,

Video Mirip Ustaz Ebit Lew Tersebar, Siapakah Yang Mahu Menjatuhkan Reputasi Beliau?

Kecoh di media sosial, apabila tular sebuah video memaparkan seorang individu mirip pendakwah tersebut melakukan aksi tak senonoh di atas katil. Adakah video tersebut telah direka oleh pihak yang mahu menjatuhkan reputasi beliau?

Satu demi satu kontroversi melanda pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Terbaru, lain pula isu timbul apabila ada pihak seolah mahu menjatuhkan beliau.

Ketika isu misi kemanusian masih hangat diperkatakan, timbul pula satu isu lain yang seolah-olah menunjukkan ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang individu mirip pendakwah itu yang sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Di laman Twitter hangat diperkatakan tentang perkara itu, taip sahaja nama Ebit, banyak cerita mengenainya.

EBIT LEW
EBIT LEW
EBIT LEW
EBIT LEW

Meskipun perkara itu menjadi bualan ramai, namun sehingga kini masih tiada kenyataan daripada Ebit berhubung dakwaan tersebut.

Semakan di Twitter menggunakan carian kata kunci nama ‘Ebit Lew’ pada Isnin petang.

Untuk rekod, nama pendakwah itu panas apabila penyanyi rap Caprice mengumumkan akan membuat satu pendedahan mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.

Isu itu semakin panas apabila aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di wilayah bergolak itu, Muhammad Nadir Al-Nuri tampil membuat beberapa dakwaan ke atas pendakwah itu sebelum Ebit sendiri tampil membuat penjelasan menerusi sesi live pada Jumaat lalu.

Semakan di Instagram Ebit Lew pada Selasa, 27 Julai 2021, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung dakwaan tersebut. 

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya belum menerma pengesahan mengenai dakwaan video lucah dan gangguan seksual yang membabitkan seorang pendakwah. Malah tiada sebarang mangsa yang tampil membuat laporan membabitkan perkara itu. 

Video Tersebut Adalah Menggunakan Teknologi Deepfake

DEEPFAKE

APA ITU TEKNOLOGI DEEPFAKE?

Berkongsi mengenai video deepfake, Nik Izwan Kamel yang juga pakar teknologi (foto dan video forensik) berkata, ketulenan video boleh dikesan dengan pelbagai cara antaranya:

1. Cari benda yang tidak konsisten dalam pencahayaan mahupun warna pixel.

2. Ada tak titik buta dalam video tersebut atau secara terperinci kita juga boleh:

  • Semak kadar glare atau pencahayaan yang tidak sempurna.
  • Semak rambut atau bulu-bulu halus.
  • Kelipan mata berlebihan atau biasa.
  • Ekspresi muka yang pelik.
  • Elemen saiz objek di muka sekata dan mengikut ratio dan propotion yang sepatutnya.
  • Kulit yang sekata tidak terlampau ketara mahupun terlampau smooth.

“Kebiasaannya video deepfake ini dibuat pada background yang statik atau bergerak sikit secara digital effect dan hanya objek bergerak. Untuk membuat video yang kedua-dua elemen tersebut bergerak secara aktif ianya tersangat kompleks. Memang padulah ilmu yang orang boleh buat macam tu. 

“Jadi, hujah untuk memalsukan sesuatu video saya kira sangat dangkal jika pakar telah mengesahkan ia tidak disunting melalui method dan cara yang saya kongsikan di atas. 

“Saya teringat tentang scandal Bill Clinton dengan Monica Lewinski dulu. Ketika itu masih tiada teknologi deepfake. Walaupun pakar-pakar telah mengesahkan yang gambar-gambar dan video-video mereka itu benar. Bill Clinton tetap menafikannya.

“Cara bijak Bill Clinton melawan persepsi tersebut adalah dengan mengupah lebih ramai orang melakukan video-video dan gambar-gambar yang disunting di antara dia dan Monica dan disebarkan. Media-media juga diupah untuk menyebarkan gambar-gambar dan video-video fake tersebut. Akhirnya, persepsi rakyat mengatakan ia fake dan Clinton survive dua penggal.

“Hari ini, makin payahlah nak buat macam tu. Komunikasi semua ada timestamp dan orang tahu. Macam mana nak dapat alibi. Mungkin seseorang itu pernah call, pernah jumpa ada CCTV record, dan macam-macam lagi. Siasatan juga semakin holistik. Susah nak lari walaupun seseorang itu umpama Sai Baba di mata masyarakat. Yang salah tetapi salah.

“Jadi, keputusan pakar itu benar dan hasil siasatan pasti akan membenarkan. Pada penghujungnya, orang ramai buatlah keputusan nak percaya yang mana. Yang taasub akan kekal taasub. Seperti video HD di hotel itu, ada yang kata fake. Walhal pakar kata 99% bukan tampered, kalau ada orang boleh buat deepfake macam tu pastinya orang itu bukan manusia,” katanya. 

‘Saya Maafkan Semua Yang Memfitnah, Menjatuhkan Saya’ – Ebit Lew

PETALING JAYA: “Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, d4jjal, b4bi, bod0h, penungg4ng dan lain-lain”.

Demikian tulis Ustaz Ebit Le.w dalam catatan terbaharunya di Facebook hari ini.

Beliau kemudiannya menulis: “Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf pada semua”.

Ustaz E.bit Le.w turut berpesan pada diri sendiri dan semua supaya bersatu hati dan bersama berdoa supaya Allah angkat musib4h C0vid-19 ini.

“Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa viru.s ini sem.buh. Berat keadaan negara kita semua. Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah sy4itan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan Carian Google & Menonton di YouTube

Nenek Caprice Meninggal Dunia, Terkilan Tidak Dapat Tunaikan Hasrat Bawa Balik Jodoh & Anak