in , ,

Kak KM Buat Ibu Sebak, Hadiahkan Gelang Emas Hampir RM100,000

Kak KM atau Liana Rosli telah membuat kejutan sehingga ibunya berasa sebak apabila menghadiahkan gelang emas besar sempena ulang tahun kelahirannya. 

Kak KM turut menenangkan ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri, bahawa hadiah gelang emas itu tidak seberapa dan harganya tidak sampai RM100,000. 

“Birthday mama @normahdamanhuri. Sayang doakan mak sihat, takde sakit-sakit. Apa saja mak idamkan InshaAllah sayang. Tunaikan mak. Apa yang sayang ada sekarang pun berkat doa mak,”

– Kak KM
Kak Km Buat Ibu Sebak, Hadiahkan Gelang Emas Hampir Rm100,000

Menerusi video tersebut, Kak KM berkata gelang tersebut ditempah khas istimewa buat ibunya dan kesenangan dimilikinya kini adalah berkat doa daripada ibu juga. 

“Ni mama nak sangat, jadi Kak KM tempah khas untuk mama. Yes bukan senang nak bagi mak menangis, selalu aku yang menangis. Ni berapa je mak, tak sampai RM100,000 pun. Apa la sangat, sayang kaya raya pun sebab berkat doa mak, ni adalah hadiah untuk mak,”

– Kak KM

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Kak KM sentiasa mengutamakan dan membahagiakan keluarga meskipun dilihat menjalani kehidupan seperti gaya barat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice | 23

Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Dong Seok Ma Train To Busan | 24

iQiyi Kini Disiarkan Secara Dolby Demi Pengalaman Penstriman Video