in

Betul Ke Aaron Aziz Meninggal Dunia di Switzeland?

Budiey rasa sangat terkejut bila dengar berita Aaron Aziz meninggal dunia sewaktu mengalami kemalangan ketika sedang bermain luncur salji di Zermat Ski Resort, Switzeland. Bunyi pun agak pelik dan konti tu sangat tak tepat. Keadaan bertambah kecoh di laman sosial tentang hal ini, Budiey perhatikan ramai pula yang pandai-pandai nak ReTweet dan Like, macam suka dan happy je Aaron Aziz meninggal dunia.

Namun setelah dipastikan, berita kematian pelakon Aaron Aziz yang tersebar di internet adalah palsu belaka. Bukti yang sah boleh kita dapati menerusi Twitter dan Instagram milik Aaron dan laman Instagram Aaron Aziz – dua hari lalu pelakon filem KL Gangster 2 ni memaklumkan dia berada di Doha. Kali terakhir pelakon ini mengemaskini di lama Instagramnya ialah semalam, di mana Aaron meluahkan rasa rindunya kepada anak perempuan.

Tidak tahan dengan keadaan yang agak kecoh di laman sosial, Aaron Aziz sendiri telah menyiarkan ucapan yang mengatakan dia masih hidup di laman Instagram.

Budiey doakan semoga Aaron Aziz cepat sembuh ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Teater Maduku Kalut

Saiful Apek Dibebaskan Buat Kali Kedua