in ,

Ulasan Teater Maduku Kalut

Pada 26 September lalu, Budiey dijemput oleh produksi MASK Team untuk menonton teater Maduku Kalut di Lambang Sari, Istana Budaya. Ramai media yang datang untuk menyokong teater lakonan pelakon-pelakon muda seperti Izzue Islam, Jihan Musa, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamudin, Sofian Bujang dan Nasz Sally. Sebelum ini, Budiey pernah menonton fragmen atau sedutan dari babak-babak menarik teater ini semasa sidang media teater ini pada 12 September lalu. Ternyata, tontonan antara fragmen dan pementasan sebenar jauh sangat berbeza.

Oleh sebab tak dapat fokus betul-betul pada malam prebiu media dek sibuk mengambil gambar dan video, Budiey memohon sekali lagi untuk menonton secara santai pada hari Sabtu lalu. Ternyata, suasana atau ambience sangat berbeza dengan apa yang Budiey rasa semasa pementasan malam prebiu. Peminat yang datang rata-ratanya sangat menyelami dan menghargai detik-detik sepanjang tontonan dan mereka punya respon pun sangat baik dan peka juga.

Hiburan Santai

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak berterus terang di sini, bahawasanya, Budiey sangat terhibur semasa menonton teater Maduku Kalut yang mengisahkan kekalutan seorang pemandu teksi beristeri dua ini. Walaupun dah dua kali menonton teater ini, Budiey rasa nak layan lagi dan lagi. Tak puas! Persembahan semua penggerak watak utama lebih kemas dari masa ke semasa, dari hari ke hari.

Eleman hiburan yang sangat ringan dan santai dengan tema & plot cerita serta karakter tersendiri menjadikan teater ini mampu membuatkan anda semua yang menonton akan ketawa terbahak-bahak. Senak perut Budiey dibuatnya. Memang tak kering gusi. Percayalah. Apatah lagi, teater ini tidak memerlukan anda berfikir banyak dan dialognya juga tak terlalu mendalam sangat. Apa yang anda perlu buat adalah menghayati segala watak dan jalan cerita ini sebab setiap bait kata-kata pelakon penuh makna dan akan membawa kepada kesan dan impak dalam babak seterusnya. Tonton video ni: Selamat Ada Skandal Dengan Amy Amiro #MadukuKalut

Syabas buat Mask Team yang bekerja keras mengusung teater ini untuk tontonan ramai. Ternyata bukan mudah untuk buat teater di sebuah pentas berprestij seperti di Istana Budaya. Nak tak nak kena ambil nama-nama pelakon yang mempunyai ramai peminat. Pemilihan pelakon sangat tepat. Walaupun kali pertama berlakon teater, Budiey lihat Izzue Islam berjaya dengan sukses menghidupkan watak Selamat. Syabas buat Izzue! Melihat gaya Izzue ni, teringat zaman muda Rosyam Nor dulu-dulu. Kata Izzue, dia tak puas berlakon teater, jika ada peluang dan tawaran untuk berlakon, Izzue memang seronok dan teruja nak berlakon teater lagi.

Semasa sesi Meet & Greet sejurus selepas pementasan, Budiey berpeluang melihat sendiri sesi ramah mesra pelakon dengan peminat. Waaaa, ramai betul peminat Izzue Islam datang, sampai mereka sanggup tunggu kat luar semata-mata nak bergambar dengan Izzue dan rakan-rakan lain. Gambaran ini sudah cukup membuktikan teater Maduku Kalut dah berjaya bikin satu fenomena luar biasa dalam industri teater. Walapun ruang Lambang Sari tidak segah dan tidak sebesar Panggung Sari, namun Budiey kira teater yang bertatih kalau diajar dan diasuh dengan betul, mungkin akan jadi teater yang dikenali ramai suatu hari nanti. Tak mustahil ini akan berlaku jika ada usaha dan sokongan dari semua pihak.

Kerjasama Semua Penggerak Watak

[dropcap]T[/dropcap]ahniah juga buat Muhammad Azhar Zainal yang berjaya mengarah teater ini dengan baik dan kemas. Walaupun isu poligami yang diangkat sebagai tulang belakang bunyinya agak serius tapi cara penyampaian sangat santai malah diselitkan dengan unsur humor dan lelucon yang berterusan dari awal sampai habis.

Gambaran sisi hidup watak Selamat yang kalut memang mengundang ketawa dan Budiey mengeleng kepala melihat kesan dari cerita yang sengaja direka-reka oleh Selamat bikin satu dunia kecoh. Gelagat barisan pelakon yang bersahaja harus dipuji. Terutama sekali watak lelaki lembut bernama Amy Amiro dipegang oleh Karl Shafek sebagai watak jiran Selamat yang membantu mengucar kacirkan keadaan sangat mencuit hati penonton.

Lakonan Terbaik Karl Shafek

Budiey rasa ramai yang bersetuju jika Budiey katakan di sini, lakonan Karl Shafek sebagai lelaki lembut adalah yang paling menonjol dalam pementasan ini. Karl Shafek berjaya membuatkan penonton ketawa dengan setiap pergerakan dan lontaran skrip. Amy berkaya memainkan peranannya dalam membantu menyelamatkan rahsia jirannya, Selamat daripada terbongkar.

Babak melucukan bagi Budiey, ialah masa Pemandu Teksi Pondan Pertama di MalaysiaKarl Shafek Tunjuk Gaya ‘Tenaga Gajah’ You AllAmy Amiro a k a Karl Shafek Interframe Selamat & Bibi .Apa taknya, setiap apa yang dituturkan oleh Amy Amiro memang ada punch line tersendiri. Budiey tak nafikan jika anda yang menonton buat kesimpulan bahawa teater ini jadi ceria disebabkan watak gelenyar, geletek dan gediknya si Amy Amiro ni.

Teater Maduku Kalut

Nad Zainal vs Jihan Musa

Gandingan Jihan Musa dan Nad Zainal sebagai isteri kepada Selamat tak kurang menjanakan satu momentum luar biasa untuk teater ini. Kedua-dua pelakon ini sememangnya dari fakulti seni persembahan dan mereka memang pakar dalam membawa watak masing-masing. Ish, comel sungguh Nad bawa watak bini nombor dua yang manja dan kadang-kadang tu, lurus bendul. Jihan Musa pula bawa watak Bibi dengan agak bengis juga, tambah-tambah lagi masa Selamat kantol. Tonton video : Izzue Islam a.k.a Selamat Kalut Dengan Isteri Pertamanya Bibi

Pergerakan yang ‘sharp’ dan tepat, serta intonasi yang lantang memang membuatkan penonton faham apa yang sebenarnya berlaku. Kekuatan dan tulang belakang teater ini memang terletak pada kedua pelakon ini selain Izzue Islam sebagai Selamat. Watak Bibi yang menetap di Kampung Baru, yang dipegang oleh Jihan Musa dan watak Mimi yang tinggal di Keramat, dipegang oleh Nad Zainal membantu teater ini jadi lebih kalut. Kedua-dua karakter sangat berbeza dan kontra. Bibi sebagai isteri pertama yang sangat garang, penyayang, loud dan bersifat mengongkong suaminya, Selamat. Sementara watak Mimi pula agak manja, sedikit gedik dan comel yang sangat kelakar jugak.

Sesuai dengan tema kahwin dua, teater ini juga ada menyelit babak-babak yang boleh Budiey nilai sebagai babak sensual. Contohnya, semasa Bibi mahu buat air kopi, siap namakan semua kopi ‘kuat tenaga batin’ untuk lelaki yang ada, tak kurang ada babak Mimi ajak Selamat masuk bilik dan Selamat keluar bilik dengan keadaan tangannya diikat, wah, sungguh ganas juga imaginasi seksual Mimi.

Ada Mesej Isu Semasa & Unsur Sinikal

[dropcap]A[/dropcap]da beberapa babak begitu sinikal dan sinis menyindir individu tertentu. Ya, teater ini sangat mesra dengan penonton sebab diselitkan dengan isu-isu semasa yang sedang meniti di bibir kita seperti parodi bini Mat Yo memarahi Pak Guard, Bobo yang mahu rakam album (adik-adik baru nak naik) dan banyak lagi. Tonton video: Victoria Beckham Nasihat Bini Mat Yo

[pullquote align=”right”]Budiey tak nafikan unsur dan nilai komersial teater ini yang menampilkan pelakon popular Izzue Islam dan lain-lainnya menjadi sebab utama ramai yang nak tonton Maduku Kalut ini.[/pullquote]

Dalam pada enak dan leka ketawa, teater ini tidak lupa untuk menyelitkan mesej dan pengajaran kepada kita semua. Teater ini mengajar kita supaya tidak memandai-mandai mereka-reka cerita dan agar berfikir dulu sebelum bercakap. Kesannya, bukan sedikit tapi banyak sebab ia melibatkan ramai orang. Bukan kita sahaja yang kena tempias. Budiey boleh simpulkan dengan satu perkataan : MisCommunication! Haha!

Budiey difahamkan, malam ini adalah malam terakhir persembahan. Bagi Karl Shafek, dia kata, masih tak puas berlakon teater, kalau boleh dia main teater lagi. Mungkin sebab itulah, produksi Mask Team mahu membawa teater ini menjelajah seluruh Malaysia pada tahun depan. Mungkin ini satu khabar gembira buat semua peminat teater yang tak sempat nak datang.

Khabarnya, tiket untuk malam ini masih ada, cuma untuk tiket berharga RM155 sahaja masih terjual. Untungnya, kalau beli tiket RM155 ni, anda boleh bertemu dengan para pelakon secara eksklusif di sesi meet & greet yang diadakan sejurus selepas pementasan. Selain dapat makan-makan, anda juga menerima goodie bag yang berisi barangan cenderamata bernilai RM100.

Dengarnya, ramai selebriti terkenal turut berkesempatan menonton teater ini. Antaranya, Dato’ Siti Nurhaliza juga dah tonton teater ini petang semalam. Juga Fara Fauzana, Neelofa, Hafiz Hamidun, Shila Amzah dan ramai lagi. Feedback yang diterima sangat positif, kata mereka, teater ini berjaya menghiburkan mereka.

Nak lagi ulasan, tonton video ulasan di sini: Ulasan Teater Maduku Kalut  dan tonton juga video : Meet & Greet Bersama Pelakon Teater Maduku Kalut 

Persembahan Ditambah Satu Hari Atas Sambutan Ramai

Atas sambutan dan permintaan ramai, setelah lima persembahan dijalankan, tiket teater Maduku Kalut habis dijual untuk kelima-lima hari, jadi pihak MASK Team dan Istana budaya akan melanjutkan satu hari lagi pesembahan utk hari esok (Hari Selasa, 1 Oktober). Budiey ingat, Budiey pun akan ke Istana Budaya untuk mendapatkan tiket untuk esok.

Tiket-tiket mula dijual pada jam 9 pagi di kaunter tiket istana budaya dan tempahan secara pukal boleh menghubungi Amirul di talian 0133962612

Boleh didapati melalui online www.airasiaredtix.com mulai sekarang!

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atur Strategi Raih Undi Punca Fida Disingkir dari AF2013?

Betul Ke Aaron Aziz Meninggal Dunia di Switzeland?