in ,

Best in the World Disiarkan di Asian Food Channel

[dropcap]R[/dropcap]ancangan terbitan Primeworks Studios, Best in the World, telah menerima tayangan perdananya di Asian Food Channel (AFC) di Saluran Astro 703 semalam pada pukul 9 malam, menyertai barisan rancangan bulan Mei yang menarik di saluran makanan dan gaya hidup ini.

Travelog berunsur makanan ini memaparkan misi hos Razif Hashim untuk mencari hidangan-hidangan terbaik di seluruh negara. Setiap episod menyajikan paparan hidangan- hidangan lazat di pelbagai destinasi makanan termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dari gerai-gerai mi terkenal ke kafe-kafe unik, rancangan Best in the World penuh dengan detik-detik manis yang pasti akan menarik perhatian penonton-penonton saluran AFC. Dalam salah sebuah episod yang meraikan makanan jalanan terbaik, Razif mencuba chapati segar di MKP Kelana Chapati Corner, bersarapan pagi di Om Shakti Chelo di Bangsar, dan kemudian jatuh hati kepada burger sajian The Burger Shop.

Best In The World 3

Rancangan Best in the World ini juga menujukan sebuah episod khas untuk penonton- penontonnya melalui episod People’s Special, di mana Razif dibawa ke tempat-tempat makan yang dicadangkan oleh peminat-peminat rancangan ini. Episod ini melihat Razif dibawa ke Bawang Merah di Subang untuk mencuba Mee Soto dan Rendang. Selepas itu, seorang peniaga burger pula membawa Razif ke kedai burger yang lain untuk menjamah ciptaan-ciptaan burger yang disukai ramai.

Di bulan Mei ini, Best in the World akan bersiaran bersama beberapa rancangan produksi Primeworks Studios lain yang turut disiarkan di AFC, iaitu 5 Rencah 5 Rasa dan Makan Angin. 5 Rencah 5 Rasa kini dalam musim keduanya di saluran ini dan memberi tumpuan kepada resipi-resipi menarik yang diilhamkan oleh rempah ratus Malaysia. Sementara itu, Makan Angin meneroka destinasi-destinasi kurang dijelajahi dan mencari hidangan- hidangan menarik di setiap lokasi.

Best In The World 2

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, berkata.

“Kami bersyukur kerana satu lagi hasil produksi kami telah dipilih untuk ditayangkan di saluran makanan yang terkenal ini. Kami faham bahawa AFC mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyiarkan rancangan makanan dan gaya hidup yang terbaik di rantau Asia dan juga di seluruh dunia, dan ini jelas melalui rancangan-rancangan berkualiti tinggi pilihan saluran ini. Sejajar dengan ini, kami amat berbesar hati untuk melihat rancangan Best in the World disertakan dalam barisan rancangan-rancangan makanan terbaik. Kami berharap juga rancangan ini akan meningkatkan pengetahuan penonton-penonton saluran AFC mengenai makanan-makan menarik di Malaysia,”

Best in the World telah mula bersiaran di AFC semalam, 9 Mei 2013. Saksikan rancangan ini pada pukul 9 malam setiap Khamis di Saluran Astro 703. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan-rancangan Primeworks Studios yang bersiaran di AFC, sila layari www.asianfoodchannel.com.

Best In The World

Mengenai Primeworks Studios Sdn Bhd
Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan rancangan TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Selain penerbitan rancangan televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan. Primeworks Studios penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 – merangkumi kandungan pelbagai genre seperti rancangan hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Jejak Rasul, 999 dan Idola Kecil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

After Earth A Battle Of Survival Outdoor Laser Tag Challenge

Hitz.FM Receive an Official Honoree in the 17th Annual Webby Awards