in , ,

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Menerusi Single Timbang Seni

Selepas tampil dengan single SOLID bersama dua orang lagi rakan industri iaitu Areen dan Dan.El pada Jun lalu, Rapper Benzooloo terus merancakkan dunia muzik tanah air menerusi single terbarunya berjudul ‘Timbang Seni’. Bagi setiap penyanyi, sesuatu lagu yang dinyanyikan ataupun dicipta tentunya mempunyai keistimewaan dan penceritaan tersendiri.

Menurut Benzooloo, 29, kali ini lagu Timbang Seni ditulis olehnya sendiri bersama Sabbala. Gambaran ketika mereka menulis lagu ini adalah ketika dalam keadaan mereka bersantai dan seronok dalam menghasilkan karya yang terbaik untuk industri muzik. Benzooloo juga menghargai dan sangat suka setiap momen yang di lalui Bersama Sabbala.

Secara tidak langsung, lagu Timbang Seni ini juga mengambarkan perasaan yang seronok dan bahagia buat pendengar kerana bait liriknya mempunyai makna menarik dan tersendiri. Tambahan pula, lagu ini ditulis dengan Sabbala setelah sekian lama mereka tidak menulis lagu bersama, ia menambah makna dalam lagu terbaru itu.

“Setiap saat sepanjang penghasilan lagu ini adalah sangat istimewa bagi saya kerana saya sukakan rentaknya. Selain itu, lagu ini juga dihasilkan bersama Sabbala yang setelah sekian lama tidak menulislagu bersama saya. Sample lagu pula, mempunyai unsur-unsur yang ‘gelap’ namun ada kerancakkan terutama pada rentaknya. Jadi, ia dapat mengambarkan perasaan kami dalam keadaan gembira pada ketika itu” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang mengenali anak kelahiran negeri di bawah bayu ini dengan penulisan lagu dengan lirik yang panjang. Namun single kali ini agak mencabar bagi Benzooloo kerana liriknya pendek dan bukan kebiasaan dirinya. Namun, itulah suatu kelainan, ringkas dan istimewa pada lagu ini.

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Terbaru Menerusi Single Timbang Seni

“Antara cabaran saya lalui adalah dalam aspek penulisan. Selama ini saya terbiasa menulis lirik yang panjang. Kali ini, saya belajar untuk jadikannya lebih ringkas dan berseronok saja ketika menulis,” jelasnya.

Selain itu, antara fakta yang menarik untuk dikongsikan adalah tempoh penghasilan lagu. Walaupun Benzooloo dan Sabbala sudah lama tidak menulis lagu bersama, namun mereka berjaya menghasilkan lagu ini hanya dalam tempoh sebulan. Sudah pasti Benzooloo mengharapkan single Timbang Seni ini akan mendapat sambutan dari pendengar.

“Untuk tempoh penghasilan pula, kami mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lagu ini daripada permulaan hinggalah proses terakhir.

“Saya sebenarnya sedang bereksperimen dengan aliran dan bunyian baru untuk dibawakan ke halwa telinga pendengar. Justeru, saya berharap agar orang ramai boleh menikmati dan menerima baik taruhan terbaru saya ini,” katanya menutup bicara.

Timbang Seni boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Terbaru Menerusi Single Timbang Seni

Kredit:

Artis: Benzooloo ft Sabbala

Tajuk: Timbang Seni

Produser: Benzooloo

Komposer: Dan.El

Penulis Lirik: Benzooloo & Sabbala

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Terbaru Menerusi Single Timbang Seni

MENGENAI BENZOOLOO

Benzooloo merupakan seorang rapper daripada Sabah di mana dia meraih populariti menerusi pergerakan hip-hop secara ‘underground’ di negeri kelahirannya itu. Benzooloo berjaya menembusi pasaran hip-hop arus perdana selepas menjadi artis jemputan dalam episod atas talian, 16 Baris yang dihasilkan oleh rapper terkemuka, Joe Fizzow.

Sejak itu, Benzooloo banyak menghasilkan karya bermutu di samping menjalinkan kerjasama dengan beberapa artis berbakat seperti Zizi Kirana, Sandra Dianne, Mimifly, Jonathan Tse dan ramai lagi.

Antara lagu yang pernah dipertaruhkan rapper di bawah naungan Sony Music Entertanmet ini adalah SOLID, Terkemuka (bersama Zizi Kirana & Sandra Dianne), Emosi (bersama Khodi), Generasi Genius dan pelbagai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stellar Tak Gentar, Bersedia Warnai Industri Hiburan Malaysia

TOMOK

Tiket Konsert New Boyz di PJ PAC Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam