in ,

Stellar Tak Gentar, Bersedia Warnai Industri Hiburan Malaysia

Industri hiburan Malaysia kini diwarnai dengan kemunculan lebih kumpulan wanita ataupun gadis-gadis yang menganggotai. Antara yang sedang mencipta nama adalah Stellar yang bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia.

Setiap anggota ahli kumpulan ini yang dianggotai Farisa, Hany, Hasya dan Sheena mengharapkan orang ramai menerima hasil karya yang mereka akan tampilkan sekaligus menjadikan ia sebagai inspirasi.

“Sasaran pertama kami adalah lebih kepada para remaja dan wanita yang sedang mencari identiti tersendiri, terutamanya mereka yang ingin berpijak dengan kaki sendiri dalam meniti kehidupan yang semakin dewasa. 

“Harapan kami, tentunya kami mahu orang ramai khususnya pencinta muzik di Malaysia menerima hasil karya yang kami tampilkan dan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai situasi kehidupan. Selain itu, kami mahukan karya kami dijadikan sebagai sumber hiburan dan diterima oleh masyarakat dan pastinya kami mahu Stellar bertahan dan berjaya dalam industri hiburan,” kata Farisa mewakili Stellar.

STELLAR

Dalam pada itu, Stellar akui beberapa kumpulan wanita lain telah berjaya mencipta nama, pada masa sama, ada juga yang sedang mendaki populariti. Namun mereka melihat perkara itu sebagai satu pencetus semangat untuk turut berjaya di persada hiburan tanah air.

“Kita sedia maklum dengan kumpulan-kumpulan wanita yang sudah bertapak di Malaysia seperti Dolla, De Fam dan lain-lain. Kami melihat kejayaan mereka sebagai satu inspirasi agar tidak berputus asa. Kami juga berpegang pada prinsip ‘kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?’.

“Segala cabaran dan rintangan yang mungkin akan berlaku, kami akan jadikan ia sebagai ‘guru’ yang mengajar dalam memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik,” kata Farisa lagi.

Dalam pada itu, Hany pula berkongsi keistimewaan serta keunikan mereka sebagai artis baru yang ingin ke depan dalam industri.

“Kami adalah kumpulan yang betul-betul baru, bak kata orang masih ‘fresh’ lagi. Jadi, kami berani dan yakin untuk berhadapan dengan perjalanan yang tentunya mempunyai pelbagai dugaan, kita tahu, untuk menjadi penyanyi, bukan semuanya indah belaka.

“Selain itu, kami juga bersedia untuk menerokai pelbagai perkara baru tentang industri hiburan ini serta menerima teguran seandainya kami ada melakukan kesalahan. Untuk imej kami sebagai artis berkumpulan pula, tentunya setiap antara kami setia dalam persahabatan walau apa jua keadaan,” katanya.

STELLAR

Berita baik untuk anda semua, Stellar akan muncul dengan single sulung mereka yang berjudul Where You Wanna Go tidak lama sahaja lagi.

“Kami akan melancarkan single pertama pada bulan November ini, tidak hanya satu lagu itu sahaja, kami pastinya akan bekerja keras dalam menghasilkan lagi banyak karya pada masa akan datang,” tambah Farisa menutup bicara.

Untuk maklumat lanjut boleh mengikuti perkembangan Stellar di laman sosial rasmi 

Instagram: @stellar.theofficial

TikTok: @stellar.theofficial

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NORREEN IMAN

Norreen Iman Bidas Influencer Yang Berangan Diva & Terlalu Demand!

BENZOOLOO

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Menerusi Single Timbang Seni