in , , , , , ,

Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta & Yonnyboii Bergabung Demi PLAYAZ

Muzik dan fesyen sentiasa seiring. Kedua-duanya merupakan penyataan artistik yang melambangkan ideologi, kesenian, kreativiti, dan keperibadian. Dari dulu hingga kini, fesyen sentiasa mempengaruhi muzik dan muzik juga mempengaruhi fesyen.

Begitu juga dengan muzik Hip Hop, ianya bukan sekadar hiburan, tetapi ianya adalah suatu bentuk ekspresi diri dan fesyen digunakan salah satu cara untuk mengekspresi diri. Genre Hip Hop sangat berpengaruh dalam membentuk sub-budaya lengkap berkenaan fesyen yang menjadi ikutan ramai seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan arena Hip Hop tempatan, penggiat seni Hip Hop tempatan mempunyai gaya dan citarasa tersendiri dalam ekspresi  muzik dan fesyen mereka.

Kini, hubungan dinamik di antara muzik dan fesyen ini bakal diterjemahkan menerusi lagu berjudul “PLAYAZ”, sebuah projek khas yang melibatkan 6 rapper tempatan berkolaborasi dengan jenama fesyen urban streetwear tempatan, ‘Playaz’. 

Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta & Yonnyboii Bergabung Demi PLAYAZ
Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta & Yonnyboii Bergabung Demi PLAYAZ

“PLAYAZ” dipersembahkan oleh Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii yang turut bertindak sebagai komposer bersama lagu ini.

Lagu ini dihasilkan sempena meraikan ulangtahun ke-19 jenama ‘Playaz’ yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Mengulas tentang lagu ini, rapper dan penerbit Luca Sicta berkata,

Lagu ini menampilkan rap berat yang menceritakan tentang semangat jenama ‘Playaz’ sepanjang 19 tahun ianya wujud dalam arena Hip Hop Malaysia.

Berbeza dengan karya-karya terbitan dan adunan saya sebelum ini, menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak ‘urban trap beat’.

Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila 6 rapper bergabung dalam satu lagu dengan gaya masing-masing yang tersendiri,”

– Luca Sicta

Dimulakan oleh pengasasnya usahawan Moiz Ali, jenama ‘Playaz’ telah mewarnai arena Hip Hop tempatan sejak 19 tahun yang lalu dengan menawarkan pelbagai jenis fesyen jalanan atau gaya kasual yang melambangkan gaya estetika Hip Hop.

Jenama yang dibina ketika arena Hip Hop tempatan sedang berkembang pesat, ‘Playaz’ cuba memenuhi permintaan pasaran bagi fesyen sub-budaya remaja dengan menyediakan produk yang menawarkan gaya mudah, berkualiti tinggi dan mengikut trend terkini.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ‘Playaz’ dan produk yang ditawarkan, sila layari laman web https://playaz.my.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati sekarang di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. 

Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta & Yonnyboii Bergabung Demi PLAYAZ

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pertaruhan Berani Amelina Menerusi Lagu Balada ADA UNTUKMU

TikTok Partners with GSC Movies to Launch Entertainment Anchor on the Platform