in , ,

Tiket Konsert New Boyz di PJ PAC Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Baru-baru ini vokalis kumpulan New Boyz, Tomok mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan konsert istimewa buat peminat setia selepas berada dalam industri muzik lebih 20 tahun.

Vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok memaklumkan tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual dalam masa 24 jam selepas dibuka secara atas talian kepada orang ramai.

Vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok memaklumkan tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual dalam masa 24 jam selepas dibuka secara atas talian kepada orang ramai.

Tomok mengakui terkejut dengan sambutan diterima sehinggakan peminat berebut-rebut untuk mendapatkan tiket konsert meskipun hampir 20 tahun kumpulan itu tidak lagi aktif menyanyi.

“Alhamdulillah ya Allah. Saya sangat terharu dengan sokongan daripada semua peminat. Dalam masa 24 jam, 1,500 tiket untuk dua hari habis dijual.”

“Perasaan saya sangat terharu. Seakan tidak percaya. Terima kasih kepada peminat kerana masih ada menyokong perjalanan New Boyz. Saya sangat berbangga kerana tiket konsert New Boyz selama dua hari habis dijual dalam masa 24 jam,”

– TOMOK
NEW BOYZ TOMOK

Menurut Tomok, pada awalnya dia bimbang seandainya tiket konsert tidak laku apatah lagi banyak konsert penyanyi lain termasuk artis dari luar negara bakal diadakan.

“Sejujurnya saya bimbang juga takut kalau-kalau tiket tidak laku. Industri muzik negara baru sahaja hendak pulih selepas pandemik Covid-19. Banyak juga konsert penyanyi lain yang menunggu giliran.

“Tapi alhamdulillah, masih ada lagi peminat yang menyokong New Boyz apabila kami mengumumkan bakal mengadakan konsert,”

– Tomok

Dalam pada itu, Tomok memberitahu pihaknya dalam perancangan menambah sehari lagi persembahan bagi memenuhi permintaan peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert.

Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang yang dianjurkan sendiri oleh Tomok akan diadakan di Theatre PJ PAC, Bandar Utama pada 10 dan 11 Februari 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BENZOOLOO

Benzooloo Tampil Dengan Hasil Eksperimen Menerusi Single Timbang Seni

RAISA

Raisa Mohom Jangan Marah Nabil, Guna Bahasa Inggeris Sebab Takut Salah Bual