in , , , ,

Awi Rafael Batalkan Pernikahan dengan Atikah Suhaime di Saat Akhir

Mungkin belum ada jodoh untuk Awi Rafael dan Atikah Suhaime disatukan sebagai suami dan isteri. Mungkin juga ini satu ketentuan dah tertulis. Kita hanya manusia biasa yang bisa berusaha tapi yang menentukannya hanya Tuhan Yang Esa.

Awi Rafael

Menerusi Instagramnya pada pagi tanggal 14 Mac 2019, penyanyi dan komposer terkenal, Awi Rafael, 33, telah mengumumkan pembatalan majlis nikah dengan Atikah Suhaime. Awi juga berharap agar semua pihak memahami situasi yang sedang dihadapinya ketika ini. 

Awi  Atikah

Awi Rafael berkata, dia tidak mahu membuka aib sesiapa atas kegagalannya mendirikan rumah tangga bersama pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini. 

Awi

Dia juga mengakui sudah cuba melakukan yang terbaik dah keluarganya juga sudah bersiap sedia untuk majlis yang akan berlangsung nanti. 

“Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan sejak awal, tetapi pada saat-saat akhir barulah tahu kisah sebenar. 

“Niat di hati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan Tuhan bersama ke arah hidup baharu. Disebabkan itu saya tawakal dan terus mengikat pertunangan pada tahun lalu. 

“Namun saya juga mempunyai ibu dan maruah keluarga yang perlu dijaga. Terlalu berat dugaan kali ini. Saya harap kawan-kawan dapat memahami. Saya juga enggan membuka aib sesiapa,”

– Awi Rafael

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael juga berkata, mungkin apa yang terjadi adalah jawapan daripada doa dan solat istikharah yang dilakukannya. 

“Kepada rakan-rakan media, terima kasih kerana selalu memberi sokongan. Kasihanilah Atikah. Tetaplah beri sokongan kepada dia seperti yang kita semua dapat lihat sejak kami bertunang.

“Namun saya dan keluarga terpaksa mengundurkan diri. Saya minta maaf,”

– Awi Rafael

Awi dan keluarga memerlukan waktu untuk memikirkan cara terbaik bagi menangani dugaan itu. 

Awi juga sempat menitip pesanan kepada rakan-rakannya agar jangan bimbang dengan segala kos yang telah dikeluarkan untuk majlis mereka kerana dia sanggup untuk membayarnya semula. 

“Kepada rakan-rakan yang sudah membeli tiket penerbangan, jangan risau saya akan bayar semula wang anda. 

“Juga kepada penaja untuk kek kahwin dan makanan juga jangan risau kerana kita boleh berikan semuanya kepada rumah anak-anak yatim,”

– Awi Rafael

Tindakan Awi Rafael membatalkan pernikahan dengan Atikah Suhaime mendapat respon dan komen dari pengikut di Instagram. Ramai yang menasihati semoga Awi tabah menghadapi dugaan ini.

Sebelum ini, Awi pernah diuji apabila terbabit dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya, manakala Atikah pula terpaksa menanggung malu apabila berdepan kontroversi yang mencalarkan nama baiknya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Awi tidak mahu kisah silam mereka diungkit lagi.

“Biarlah kisah dulu tidak diungkit kembali kerana setiap kita punya kisah silam yang masih berbekas hingga hari ini,” – Awi Rafael

Semoga Awi baik-baik sahaja. Be strong ya. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rizman Ruzaini

Sungguh Jelita! Ini Gambar Kekasih Pereka Fesyen Rizman

Tahniah! Pengarah Filem Ahmad Idham Dilantik CEO FINAS