in ,

Atikah Suhaime Pelik dengan Algoritme IG, Kurang Dapat ‘Like’ Tapi Pengikut Ada 1 Juta

Menerusi satu perkongsian di Insta Story di Instagram, pelakon Atikah Suhaimie meluahkan rasa pelik perkongsian foto dan video di Instagram kurang mendapat sambutan.

Mungkin Instagram ada algoritma tersendiri untuk pengguna. Malah ada yang kata, algoritma Instagram akan berubah setiap masa. Namun, ada yang kata, mungkin yang tak nak like tu, dia tak suka dengan Atikah. Tapi masih lagi nak tahu apa yang Atikah sedang buat.

Atikah berkata dia mempunyai 1 juta pengikut tapi perkongsiannya kurang mendapat ‘like’ serta tertanya-tanya adakah ianya disebabkan kandungan dikongsikannya tidak menarik.

“Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi dimana semua likes dan viewers? Bolehkan seiapa beritahu saya apa sebenarnya yang terjadi,”

– Atikah Suhaime
Atikah Suhaime

Menurut Atikah, dia tidak pernah membeli pengikut serta mempersoalkan adakah mungkin kerana dia tidak memuat naik video TikTok atau perlu memuat naik aksi comel di media sosial.

“Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers.

“Adakah disebabkan tak buat TikTok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?”

– Atikah Suhaime

Perkongsian Atikah itu mendapat reaksi daripada rakan artis, Afifah Nasir yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak menghargai bakat dan lebih gemar dengan video yang tidak berpendidikan.

“Kesian sungguh awak, sedih tapi benar engagement awak akan menjadi tinggi jika berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset. Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia,”

– Atikah Suhaime

Orang tak nak like takpe, yang penting kita happy dengan apa yang kita sedang buat. Betul tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rina Harun Tampil Mohon Maaf, Perjelas Tindakannya Suap Anak Fendy Caliph Buskers

Nia Ramadhani, Suami & Pemandu Peribadi Dihantar Ke Pusat Pemulihan Dadah