in , ,

Tahniah! Pengarah Filem Ahmad Idham Dilantik CEO FINAS

TEKA-TEKI siapakah pengamal industri perfileman akan menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terjawab selepas pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), agensi itu.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan pada Khamis. Pelantikan Ahmad Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 45, adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa pada Isnin lalu bagi menggantikan pemangku Ketua Pengarah Finas, Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan yang lalu.

Shakib Ahmad ketika ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu.

Idham

Gobind dalam kenyataannya berkata, ia merupakan keputusan Lembaga Finas berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Dalam pada itu, KKMM turut mengucapkan terima kasih kepada Shakib Ahmad Shakir untuk perkhidmatannya dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut.

ahmad idham
Ahmad Idham

Ahmad Idham mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri kreatif selama 25 tahun.

“Pelantikan ini merupakan keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas selama empat bulan.

“KKMM mengucapkan terima kasih kepada Shakib untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugas sebagai pemangku jawatan tersebut,”

– Gobind Singh Deo

Menurut beliau, pihak kementerian berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri.

Gobind juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu itu akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini.

“Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Ahmad Idham dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,”

– Gobind Singh Deo

Pengarah filem Hantu Wangan ini pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain itu, dia juga mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam industri kreatif selama lebih 25 tahun.

Idham turut pernah mencatat sejarah menjadi anak seni pertama dianugerahkan pangkat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada tahun lalu.

Untuk rekod, Ahmad Idham yang memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mempunyai kepakaran serta pengalaman di dalam industri kreatif selama lebih 25 tahun, selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara.

Sebelum ini, Idham ada menerima pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada 16 Mac tahun lalu.

Tahniah Ahmad Idham!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael Batalkan Pernikahan dengan Atikah Suhaime di Saat Akhir

Shuk Mohon Maaf Tidak Sensitif dengan Musibah di Pasir Gudang