in , , ,

Sungguh Jelita! Ini Gambar Kekasih Pereka Fesyen Rizman

Kalau jodoh tak kemana. Mulanya dari kawan sahaja, mungkin dah lama kenal tu, dah mula berputik rasa sayang dalam hati.

Mungkin ini yang dialami oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini yang dilihat sentiasa meletakkan gambar wanita ini. Siapa yang tak kenal dengan Rizman Ruzaini. Dua nama yang mencetus satu fenomena luar biasa dalam dunia fesyen tanahair. Ruzaini dah kahwin sekarang tinggal Rizman je yang masih solo. Tapi mungkin gambar kat bawah ini telah menimbulkan satu spekulasi. Rizman kini dah pun ‘taken’?

Kekasih Rizman

Agak kecoh jugak di media sosial apabila Rizman sering memuat naik gambar bersama seorang gadis cantik bernama Nurida Suraya dengan disertakan sekali kapsyen di laman instagram miliknya.

Persoalan netizen nampaknya sedikit terjawab apabila, rakan artis turut memberikan komen dan memuji keserasian pasangan ini termasuklah sahabat baik beliau yang juga penyanyi lagu Can’t Forget Me, Fazura.

Kekasih Rizman

Wah, nampaknya semua rakan artis dan followers Rizman mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Doa yang baik-baik je.

Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Shuk Bolot RM10,000 di Minggu Kedua BBB2019

Awi Rafael Batalkan Pernikahan dengan Atikah Suhaime di Saat Akhir