in ,

Tahniah! Awesome TV Umum Pelantikan Dua Jawatan Kanan Utama

Ts. Mazlan Mahdi menggalas jawatan Ketua Pegawai Operasi Awesome TV dan Dato’ Yushaimi Yahaya diumum sebagai Ketua Editor Berita 757

Awesome TV hari ini mengumumkan pelantikan dua ahli pengurusan kanan syarikat yang terbaharu berkuatkuasa 1 Julai 2022 dengan objektif utama untuk memacu hala tuju strategik syarikat khususnya dalam beberapa bidang kritikal terutamanya perkara berkaitan dengan pembangunan dan pengaplikasian teknologi, pembangunan informasi serta pelaksanaan fungsi dan kecekapan operasi syarikat secara keseluruhan.

Pic Mazlan Mahdi
Ts. Mazlan Mahdi

Ts. Mazlan Mahdi dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Awesome TV yang mana beliau akan mentadbir dan menyelaras aktiviti-aktiviti operasi dalaman syarikat khususnya hal-hal berkaitan dengan pembangunan infrastruktur teknologi, ‘regulatory’ (kawal selia) dan juga pengurusan ‘stakeholders’ (pihak yang memiliki kepentingan). Dalam pada itu, Dato’ Yushaimi Maulud Yahaya pula menggalas jawatan Ketua Editor Berita 757 yang mana beliau akan menerajui segmen kewartawanan Berita 757.

Ts. Mazlan Mahdi memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun dalam lapangan penyiaran melibatkan projek berkaitan pembangunan, pelaksanaan, pengoperasian infrastruktur digital TV. Beliau dipertanggunggjawabkan untuk menerajui pelbagai projek berimpak tinggi dan terlibat secara langsung dengan pembangunan infrastruktur teknologi untuk stesen-stesen penyiaran negara seperti MYTV dan Astro. Selain itu, beliau aktif dalam membangunkan kod teknikal buat Malaysia melalui MTSFB serta penerbitan kandungan multimedia dan muzik.Ts. Mazlan merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab menentukan hala tuju syarikat dalam usaha memacu agenda Projek Pendigitalan Negara untuk mentransformasikan industri penyiaran negara dari analog ke digital.

Pic Datuk Yushaimi Yahaya 2.0
Dato’ Yushaimi

Dato’ Yushaimi pula memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media negara, khususnya di bidang kewartawanan. Beliau diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai peranan editorial dan jawatan kanan di bahagian pengurusan. Sebelum ini, Dato’ Yushaimi telah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi NSTP selepas mengemudi bahagian operasi editorial Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times untuk kedua-dua segmen digital dan penerbitan tradisional sebagai Ketua Pengarang NSTP selama beberapa tahun. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarang Malay Mail dan merupakan Penasihat Media Kumpulan Redberry Group.

Kedua-dua Ts. Mazlan Mahdi dan Dato’ Yushaimi melaporkan diri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas. 

Profile shot Dato Adam Ilyas
Dato’ Adam Ilyas

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata, syarikat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan saudara Ts. Mazlan Mahdi dan Dato’ Yushaimi Yahaya, masing-masing sebagai Ketua Pegawai Operasi Awesome TV dan Ketua Editor Berita 757. ”Kami di Awesome TV begitu teruja dengan pelantikan dua ahli pengurusan kanan yang terbaharu syarikat ini. Kedua-duanya membawa bersama mereka bertahun-tahun pengalaman dalam bidang masing-masing. 

Kami yakin, pelantikan Ts. Mazlan Mahdi sebagai Ketua Pegawai Operasi bakal membawa Awesome TV ke satu tahap peralihan baharu yang mampu membantu pertumbuhan prestasi syarikat ke arah kecemerlangan. Pengalaman beliau khususnya dalam bidang telekomunikasi dan penyiaran digital boleh digunapakai dalam pembangunan operasi Awesome TV seterusnya membantu menentukan hala tuju syarikat yang lebih berinovasi dan berteknologi tinggi.

Dato’ Yushaimi pula merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati dalam kalangan pengamal kewartawanan dan pengalaman serta pengetahuan beliau dalam menerajui syarikat-syarikat penerbitan utama negara seperti Kumpulan NSTP dan Malay Mail Sdn. Bhd. sudah tentu boleh dimanfaatkan dengan keberadaan beliau mengemudikan ’team’ Berita 757 ini. Saya percaya, dengan ’track record’ yang beliau miliki, Dato’ Yushaimi bersama ’team’ berita sedia ada mampu meletakkan Berita 757 sebaris dengan pemain arus perdana yang lain di Malaysia dalam sedikit masa sahaja lagi.”

Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishakturut mengulas, ”Awesome TV yang dilancarkan pada tahun 2020 dilihat berada di landasan yang betul di mana kami berjaya merekodkan sejumlah 1 bilion tontonan terkumpul setahun, dan kami yakin jumlah ini akan terus mencatatkan pertumbuhan positif dengan adanya saudar Ts. Mazlan dan Dato’ Yushaimi menyertai keluarga ini, mengemudikan lapangan masing-masing.

Kami akan pastikan peralihan ini berjalan lancar dan prestasi keseluruhan operasi syarikat dapat dipertingkatkan, seterusnya mengalakkan pertumbuhan pasaran dan menjadikan Awesome TV sebagai sebuah stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Issa dan Penubuhan Wacana Sederhana dari Mekah ke Asia Timur

Hot FM, Buletin FM & Molek FM Hantar Pendengar Balik Beraya Sempena Aidiladha