in , ,

Hot FM, Buletin FM & Molek FM Hantar Pendengar Balik Beraya Sempena Aidiladha

Istimewa Aidiladha – Hot FM, Buletin FM & Molek FM sekali lagi hantar pendengar bertuah pulang untuk sambutan Aidiladha

Setelah kejayaan stesen berbahasa Melayu di bawah naungan Media Prima Audio (MPA) iaitu Hot FM, Buletin FM & Molek FM mengadakan kempen bagi menghantar pendengar bertuah pulang ke kampung pada sambutan Aidilfitri April lalu, kini ketiga-tiga stesen ini mengambil inisiatif sekali lagi bagi menghantar mereka yang bertuah untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Qurban atau Aidiladha. 

Inisiatif ini diambil bagi memudahkan pendengar yang tidak mempunyai kenderaan atau tidak dapat membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing bersempena Aidiladha yang bakal menjelma 2 hari lagi iaitu 10 Julai 2022, Ahad. Selain itu, tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menghargai pendengar yang sentiasa menyokong dan bersama-sama rangkaian radio MPA walau di mana saja mereka berada.

Seramai hampir 60 orang pendengar bertuah telah di hantar menggunakan bas ke tiga lokasi utama iaitu di sebelah pantai timur, selatan dan utara. Pelepasan mereka ini baru sahaja dilaksanakan di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, bermula jam 9 malam tadi. 

Pendengar bertuah, Darwisy Mustafani berkata, “Alhamdulillah saya rasa gembira dan bersyukur kerana dapat tiket free untuk pulang ke kampung di Pantai Timur. Terima kasih buat Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebab buat inisiatif macam ni kerana dia sangat-sangat membantu lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak mempunyai kenderaan”.

Manakala pendengar bertuah Nur Shahanim yang pulang ke Johor Bahru,  berkata, “saya happy sangat sebab dapat join kempen Jom Balik Kampung Aidiladha ini. Terima kasih kepada pihak MPA kerana telah mengadakah kempen sebegini kerana ia memudahkan saya dan saya tak perlu berebut untuk membeli tiket. Selain itu, ini adalah satu pengalaman baru buat saya sebab dapat pulang ke kampung bersama-sama pemenang yang lain”.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura,  berkata, “Kami menganjurkan kempen ini kerana ingin memberikan hadiah dan pengalaman istimewa buat mereka yang ingin pulang ke kampung kerana tidak mempunyai kenderaan atau tidak berpeluang untuk membeli tiket bas. Selain itu, kami juga merasakan inisiatif untuk menghantar pendengar bertuah pulang ke kampung adalah satu cara yang terbaik untuk kami mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kami kepada mereka yang sentiasa mendengar dan menyokong kami”.

Dengarkan Hot FM, Buletin FM & Molek FM sepanjang hari untuk dengarkan pelbagai pengisian menarik, informasi dan lagu-lagu yang pastinya akan menghangatkan dan menemani anda sepanjang perjalanan pulang ke kampung.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Awesome TV Umum Pelantikan Dua Jawatan Kanan Utama

Sebanyak 350 Pek Korban Diagihkan Untuk Mangsa Banjir di Baling, Kedah