in

Astro Umum Calon Top 5 Anugerah MeleTop ERA Hari Ini

Banyak betul hari cuti dan libur dalam bulan Januari ni. Esok, Budiey cuti lagi. Kalau tak cuti, memang tak best sebab kat depan ofis kat Batu Caves ni akan sesak. Maklumlah Thaipusam. Adeh.

Cakap pasal jadual Budiey, hari ini sangat padat dengan event. Pagi, petang dan malam. Tiada masa untuk kemaskini blog sebenarnya kalau dah lagu ni gayanya.

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA

Pada petang ini, seperti yang Budiey telah diumumkan baru-baru ini, buat julung kalinya pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan ERA FM akan menganjurkan sebuah anugerah pilihan penonton iaitu Anugerah MeleTOP Era yang memberi kuasa sepenuhnya kepada orang ramai untuk menentukan pemenang bagi setiap 17 buah kategori yang dipertandingkan.

[pullquote align=”right”]Anugerah MeleTop ERA akan diadakan pada 8 Februari 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 8 malam. Kategori-kategori tersebut merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dunia siber dan juga serantau.[/pullquote]

Pada hari ini, Astro akan mengumumkan senarai penuh lima calon akhir (Top 5) setelah talian undian fasa pertama yang secara rasminya telah ditutup pada 10 Januari yang lalu.

Pada jam 2 petang ini, Majlis Sidang Media Memperkenalkan Calon Top 5 Anugerah MeleTOP ERA akan diadakan di ZOUK KL, Jalan Ampang. Budiey dikhabarkan, ramai selebriti akan hadir di majlis sidang media ini. Turut hadir termasuklah Hafiz, Akim, Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aznil Haji Nawawi, Izzue Islam, Faizul AF, Stacy, Nabil & Zira, Sleeq, Azhael serta ramai lagi. Oh, pasti ramai media akan hadir dan buat temubual bersama Syamsul Yusof kan?

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ini nanti ialah pasangan hos bersama yang bakal bergandingan untuk memeriahkan acara gilang gemilang ini nanti selaku hos karpet merah serta selebriti-selebriti popular tanah air yang tersenarai dalam Top 5. Siapakah mereka? Sama-sama kita nantikan pengumuman ini kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Wakil Malaysia ke MIDEM Cannes Perancis

Konsert Teaterikal SUARA KITA Awie Ziana Zain & Erra Fazira