in , , ,

Konsert Teaterikal SUARA KITA Awie Ziana Zain & Erra Fazira

Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.

Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak.

[pullquote align=”right”]Buat pertama kali disiarkan, di bawah ini adalah poster untuk Konsert Teaterikal SUARA KITA – AWIE – ERRA – ZIANA yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.[/pullquote]

Ziana Zain, penyanyi genre balada yang sukar ditandingi dengan nada tingginya, begitu karismatik di layar perak dan bersilih ganti perwatakan antagonis dan protagonisnya.

Erra Fazira, bekas ratu cantik dan penyanyi genre pop, dirindui sebagai primadona filem Melayu sekitar dekad 1990an.

Nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Pementasan ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar dekad 90an. Filem filem Melayu yang dimaksudkan pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu ‘SEMBILU’, ‘SEMBILU 2’, ‘TRAGEDI OKTOBER’, ‘MARIA MARIANA 2’ dan ‘MERAH’.

Filem filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang akan menjadi tunjang utama kepada pementasan ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’. Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sedutan babak babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar dari Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Tiket tiket untuk menonton ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan selama 7 hari berturut turut ini boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

Harga harga tiket adalah seperti berikut :

RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00,
RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 dan RM 499.00

Pihak penerbitan juga menawarkan promosi pra-jualan potongan 10% hanya sah dari 15 Januari sehingga 1 Februarii 2014 sahaja.

Selain itu, bagi pembeli tiket tiket yang berharga RM 399.00 dan RM 499.00, anda layak untuk mendapatkan jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam, dengan bayaran tambahan sebanyak RM 150.00. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.

Poster Konsert Suara Kita Awie, Ziana Zain Dan Erra Fazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Umum Calon Top 5 Anugerah MeleTop ERA Hari Ini

Remy Ishak | 18

Betul Ke Remy Ishak Bercinta Dengan Budi Citawan?