in

Shila Amzah Wakil Malaysia ke MIDEM Cannes Perancis

Penyanyi terkenal yang kini menempa nama di China, Shila Amzah bakal mewakili Malaysia di Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada 3 Februari depan.

Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Shila Amzah akan menyampaikan sebanyak empat buah lagu iaitu Masih Aku Cinta, Sedar, sebuah lagu Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Mandarin.

Shila Amzah ke sana tidak berseorangan tetapi bersama tiga penyanyi tempatan iaitu Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter. Budiey ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga korang membawa pulang trofi kemenangan. Itu yang kita semua harapkan.

Good luck, Shila Amzah!

Shila Amzah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. lagu berjudul ‘masih aku cinta’ yang dicipta oleh shila amzah ternyata membawa tuah pada nya sehingga akan perform lagu itu di festival musik diperancis nanti. Siapa sangka pernah bercinta dan terputus ditengah jalan akibat ‘cinta terhalang’ dapat memberi nafas segar dalam pembikinan lagu2 baru ciptaanya sendiri yang terus membawa tuah kepadanya. Tuah kerana ketulusan cintanya terhadap kekasih lamanya. Kini sayap shila amzah makin berkembang dan ini satu usaha baik dipihak kita untuk mengetengahkan shila amzah ke dunia giburan antarabangsa, Meletop!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Astro Umum Calon Top 5 Anugerah MeleTop ERA Hari Ini