in

Astro Lancar Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti

Jam 11 pagi semalam, Budiey sempat hadir di Majlis Pelancaran Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti anjuran Astro di Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kempen ini dibuat secara menyeluruh, dalam segenap segi termasuklah tayangan sebanyak 56 buah filem hebat Allahyarham P.Ramlee, dokumentari istimewa, konsert penghargaan, muzik video, interpretasi lagu-lagu popular Seniman Agung oleh penggiat seni tempatan sepanjang bulan Oktober ini.

Astro Kempen P.Ramlee

Ini semua adalah untuk memperingati jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee yang tak ternilai dan sukar untuk mencari pengganti sehebat dirinya.

Astro melihat kempen ini satu pendekatan yang paling berkesan untuk memperkenalkan keunikan bakat tempatan, budah dan identiti negara kita kepada dunia. Jadi, Astro menitikberatkan rangka penyampaian kandungan yang telah disusun dan disuntik dengan elemen-elemen tempatan.

Strategi pendekatan menyeluruh 360 darjah menggunakan jentera-jentera promosi yang sedia ada iaitu online, on-air dan on ground.

Semua filem yang terpilih akan disiarkan di saluran berjenama Astro iaitu Astro Ria, Prima, Oasis, Ceria, Citra dan Warna.

Selain itu juga, sebuah dokumentari istimewa akan mengupas tentang latar insan seni akan disiarkan pertama kali di saluran History (saluran 555).

Bagi merancakkan lagi kempen, Astro dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Konsert Penghargaan P.Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang menghimpunkan artis seperti Datuk Sharifah Aini, M.Nasir, Ning Baizura, Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussein, Yuna, Ella, Shahir, Aizat dan ramai lagi.

Konsert ini akan disiarkan dalam bentuk HD dari 29 Oktober 2010 jam 21:00 sehingga 31 Oktober 2010 jam 23:59 iaitu 3 jam tanpa henti!

Kepada yang tak melanggan Astro B.yond, jangan risau sebab konsert ini akan disiarkan juga di Astro Ria dan History HD pada 29 Oktober ini.

Astro juga menghadiahkan satu muzik video menarik istimewa interpretasi lagu Di Mana Kan Kucari Ganti yang dinyanyikan semula oleh barisan penyanyi terkenal dengan gubahan dan susunan muzik yang lebih segar dari KRU.

Radio-radio di bawah Astro iaitu XFM, Sinar FM, Era FM dan THR Gegar juga akan memutarkan lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh 18 artis.

Untuk lebih senang, tekan butang merah R di remote control anda atau layari www.astro.com.my/pramlee .

Majlis dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular P.Ramlee dendangan Idayu AF, Hazama AF dan Alam diiringi oleh Alam Band.

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Astro Kempen P.Ramlee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti di Rumah Terbuka Suria FM & Red FM 2010

Ancient Discoveries on HD