in , ,

Apple Bakal Lancarkan Produk Baharu Bertema Scary Fast Pada 31 Oktober

Apple bakal mengadakan acara pelancaran khas untuk produk baharu mereka pada 31 Oktober 2023 8 pagi waktu Malaysia.

Acara khas tersebut akan menggunakan tema “Scary fast” dan akan berlangsung secara atas-talian.

Apple Bakal Lancarkan Produk Baharu Pada 31 Oktober Ini

Merujuk kepada tema yang digunakan”Scary fast”, ia membayangkan yang Apple mungkin akan memperkenalkan cip baharu yang lebih laju iaitu cip Apple M3. Seiring dengan itu, Apple dijangka akan mengumumkan barisan baharu iMac dan MacBook, merujuk kepada logo dan latar belakang yang digunakan.

Apple Bakal Lancarkan Produk Baharu Pada 31 Oktober Ini

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Apple mengenai produk yang akan dilancarkan. Acara ini dijangka akan menjadi acara penutup untuk pelancaran produk Apple pada tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idea Award 2023 Iktiraf Usahawan Muslim Unggul Berkaliber

FILEM THANKSGIVING

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Filem Thriller Bertajuk THANKSGIVING