in ,

Anugerah Golden Awards 2012 Catat Rating 1.2 Juta Penonton

KARYAWAN CINA DIIKTIRAF DI ANUGERAH GOLDEN AWARDS 2012
ntv7 capai ratings membanggakan dalam meraikan kecemerlangan industri TV Cina Malaysia

Acara Golden Awards 2012 dan acara karpet merah yang dianjurkan secara siaran langsung Sabtu lalu dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam di ntv7 mencatatkan kenaikan 10.4% penonton berbanding kali pertama anugerah itu diperkenalkan. Menurut laporan Kajian Media Nielsen, gabungan acara utama dan acara karpet merah itu berjaya menarik seramai 1.2 juta penonton pada malam tersebut.

Group Picture With Winners

Laman sesawang rasmi Golden Awards, www.ntv7.com.my/goldenawards, turut melakar sejarah buat saluran ntv7 kerana berjaya memintas jumlah trafik laman TV3 dengan seramai 1.4 juta jumlah pengunjung yang dicatat pada bulan Ogos ketika sesi undian dibuka. Pencapaian ini bermakna ntv7 merupakan satu-satunya stesen di bawah naungan Media Prima Berhad yang berjaya mengalahkan rekod bertahan TV3. Sementara itu acara yang boleh diakses dan ditonton seluruh dunia itu mencatat pengunjung seramai 50,000 orang dari serata dunia.

Sebagai tambahan kepada jumlah ini, Tonton juga mencatat jumlah penonton Golden Awards seramai 7,000 orang dalam hanya 3 hari. Berbanding 2010, portal itu melaporkan kenaikan 130% untuk acara kemuncaknya pada malam itu. Laman Facebook khas anugerah itu berjaya menarik 350,000 orang yang berlainan untuk mengunjungi laman ruang sosial itu serta dilawati seramai 2.2 juta pengguna pada 22 September 2012.

“Golden Awards telah melepasi statistik yang amat membanggakan dari segi kenaikan ratings dan jumlah pengunjung dalam talian walaupun baru kali kedua ia dianjurkan dalam memartabatkan karyawan di dalam industri TV Cina Malaysia. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan di sebalik tabir Golden Awards 2012 yang telah bekerja keras untuk menjayakannya,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Tidak dilupakan juga adalah barisan pemenang anugerah pada malam itu yang pastinya cukup membanggakan dan menjadi detik manis buat mereka. Impian akhirnya menjadi kenyataan terutama kepada kebanyakan pelakon veteran yang telah berjaya merangkul beberapa anugerah menewaskan pesaing-pesaing mereka yang jauh lebih muda. Malam kemuncak anugerah Golden Awards 2012 yang berakhir 22 September lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menyaksikan Remon Lim yang telah berkecimpung selama 20 tahun di dalam bidang lakonan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada malam tersebut.

“Ia mengambil masa lebih dari 20 tahun untuk segala kerja keras dan keazaman untuk menjadikan saya seperti hari ini. Saya bersyukur kerana dalam masa itu jugalah saya telah menempuh banyak cabaran dan untuk itu, saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak menyokong saya selama ini,” kata Remon yang memakai baju gaun berwarna merah dan mengenakan set barang kemas Poh Kong.

Melengkapkan kemenangan itu adalah pasangan lakonannya dalam drama bersiri “Forget Me Not” yang membawa pulang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik mengalahkan empat calon lain termasuklah calon kegemaran, William San. Coby yang telah berlakon sejak enam tahun lalu ternyata berjaya menarik minat para penonton drama itu dan memenangi hati juri melalui wataknya sebagai pemuda yang mengalami masalah kekurangan mental. “Ketika penganjuran Golden Awards yang pertama, saya memberitahu diri saya, kelak saya akan berdiri di atas pentas itu mendapatkan sebuah anugerah. Siapa menyangka tahun ini impian saya menjadi kenyataan dan saya amat ingin berterima kasih kepada semua yang menyukai watak dan lakonan saya dalam Forget Me Not,” kata Coby.

Best Actor &Amp; Actress - Coby Chong &Amp; Remon Lim

Leslie Chai pula berjaya menerima anugerah Pelakon Lelaki Popular menerusi undian daripada orang awam. Pelakon maskulin yang berasal dari Ipoh ini telah berada di dalam industri ini selama 15 tahun memberi ucapan istimewanya pada malam itu didedikasikan kepada mendiang isterinya. “Setiap kali saya mendapat anugerah mahupun ganjaran saya pastinya akan menyebut tentang wanita yang telah bersusah payah membesarkan saya. Namun kali ini saya memberi sedikit pengecualian. Kali ini, anugerah yang saya terima saya tujukan kepada mendiang isteri saya yang tersayang yang telah memberi detik-detik indah sejak 8 tahun kami bersama. Walaupun dia sudah tiada, saya akan tetap mencintai dan mengingatinya,” kata Leslie dalam sut putih bersih.

Sementara itu, Alvin Wong yang telah berlakon lebih dari 10 tahun amat gembira dianugerahkan “Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” menerusi wataknya dalam sitkom ntv7, “Time FM ”. “Saya hadir ke acara ini tanpa mengharapkan apa-apa namun di saat nama saya diumumkan seram sejuk dibuatnya. Saya amat gembira kecintaan saya dalam industri ini akhirnya terbayar juga,” kata pelakon lelaki yang suka berjenaka itu.

Pelakon jelita Debbie Goh yang pernah memenangi “Pelakon Wanita Terbaik” pada tahun 2010 berjaya mengekalkan gelaran itu pada tahun ini. Hadir mempesonakan dengan pakaian rekaan Vaughn Tan, Debbie yang hampir 10 tahun dalam bidang ini berterima kasih kepada keluarga dan para peminat yang telah menyokongnya selama ini. Bidang hiburan bukanlah jalan yang mudah untuk diambil. Untuk ini, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada ibu saya yang saya berada di sisi saya dan semoga beliau sihat selalu,” kata Debbie.

Yeo Yann Yann yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik turut tidak hampa dengan kemenagannya tahun ini dalam anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dengan kekuatan wataknya dalam siri sitkom “Time FM”. Yann Yann yang menimba pengalaman dari Program Kajian dan Latihan Teater di Singapura ini telah memulakan kariernya dalam lakonan sejak 10 tahun lalu serta membintangi teater, filem pendek, drama dan filem.

Menepati ramalan, hos kegemaran ramai berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik dan Pengacara Rancangan Majalah Terbaik. Memulakan langkahnya dalam bidang ini sejak 2006, Cheryl telah mengacarakan beberapa rancangan antaranya 8Style, I Wanna Be A Model, Hot Chef, Truth Next Door dan Project Superstar.

Anugerah istimewa pula diterima pelakon veteran Yap Chin Fong yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kerana kecemerlangannya di dalam bidang lakonan sejak 50 tahun lepas. Ucapan istimewanya ternyata menyentuh perasaan apabila penonton berdiri dan memberi tepukan gemuruh.

Antara barisan persembahan dan penyampai yang mendapat tumpuan pada malam itu adalah penyanyi tempatan Michael Wong dan artis antarabangsa dari Taiwan, Jiro Wang dan pelakon Tony Yang. Turut hadir malam itu adalah pelakon dan pengarah Hong Kong, Gordon Lam serta penulis skrip terkenal, Susan Chan.

Golden Awards pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan rakan-rakan penajanya. Antaranya termasuklah UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., yang menaja kereta rasmi Toyota Camry di acara karpet merah, Poh Kong Holding Berhad sebagai barangan kemas rasmi, Hotel Pullman Putrajaya sebagai hotel penginapan rasmi serta sokongan berterusan daripada radio rasmi one FM.

Setiap pemenang bagi setiap kategori malam itu diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM 3,000 beserta jam tangan eksklusif bernilai RM1,000 daripada City Chain selain trofi.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan kegemilangan malam itu, sila layari www.tonton.com.my untuk menonton acara itu sekali lagi. Gambar-gambar eksklusif juga boleh dilihat melalui galeri gambar di Facebook ntv7.

Golden Awards merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf industri televisyen Cina Malaysia. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada hasil kerja terbaik buat tenaga-tenaga kerja yang telah berpenat lelah sama ada di hadapan kamera mahupun di sebalik tabir. Selain meraikan bakat-bakat tempatan yang sedia ada, anugerah ini juga membantu industri hiburan Cina Malaysia ke tahap mutu yang lebih baik selain daripada menjadi anjakan baru buat mereka di negara ini dan sebagai latar pencapaian mereka di luar negara.

Pemenang Kategori Drama:-
Drama TV Terbaik – The Adjusters
Pelakon Lelaki Terbaik – Coby Chong
Pelakon Wanita Terbaik – Remon Lim
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Alvin Wong
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yeo Yann Yann
Pelakon Baru Terbaik – Crystal Lee
Lagu Tema Drama Terbaik – Judul: Guang Ying (A Time to Embrace), Artis: Henley Hii
Pengarah Terbaik – Chan Wei Cheang (Goodnight DJ2)
Lakon-layar Asal Terbaik – Chong Sheon Wei, Lum Lai Yep (Goodnight DJ2)

Pemenang Kategori Bukan Drama:-
Ranvangan Variasi dan Hiburan Terbaik – Love in Seoul
Pengacara Rancagan Variasi & Hiburan Terbaik – Cheryl Lee
Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik – Editor’s Time
Penyampai Berita Terbaik – Tiang Kah Chee
Rancangan Majalah Terbaik – Helping Hands
Pengacara Rancangan Majalah Terbaik – Cheryl Lee
Rancangan Perayaan Terbaik – The Superb Match Makers

Pemenang Kategori Pilihan Penonton:-
Pelakon Lelaki Paling Popular – Leslie Chai
Pelakon Wanita Paling Popular – Debbie Goh
Drama TV Paling Popular – I, My Brother
Pengacara/ Penyampai TV Paling Popular – Natalie Ng
Penyampai Berita TV Paling Popular – Tan Ley Teng

Best Festival Programme - The Superb Match Makers (Director - Kethsvin Chee)

Best Drama Theme Song Winner - Henley Hii

Best News Reader - Tiang Kah Chee

Most Popular Newscaster, Anchor - Tan Ley Teng

Most Popular Tv Host, Presenter - Natalie Ng

Most Popular Actress - Debbie Goh

Most Popular Actor - Leslie Chai

Lifetime Achievement Award - Yap Chin Fong

Best Actress - Remon Lim

Best Actor - Coby Chong

Best Variety &Amp; Ent Prog Host And Best Magazine Prog Host - Cheryl Lee

Best Supporting Actor - Alvin Wong

Congrats

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jonas Brothers Live In Malaysia Stadium Negara

Episod Akhir Drama Sirrun TV9