in

Episod Akhir Drama Sirrun TV9

MASIHKAH ADA BAHAGIA DISEBALIK RAHSIA YANG TERPENDAM

Rahsia hati yang terpendam… walau bagaimana hebat pun menyimpan rahsia, suatu hari nanti pasti terbongkar jua. Itulah yang berlaku di dalam episod akhir Sirrun yang mewarnai slot Ratu Isnin ini. Kemuncak cerita yang semakin mendebarkan ini akan menyaksikan bagaimana Surina akhirnya tahu yang Laila adalah madunya. Walaupun kecewa dan sedih, namun Surina redha dengan ketentuan Ilahi, kerana pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian yang menimpa.

Pendatang baru Anzalna Nasir kelihatan begitu serasi membawakan watak Surina, gadis lembut yang sangat menyayangi sahabatnya iaitu Laila, gadis yang tegas dan lebih lantang bersuara yang dilakonkan oleh Zarina Zainoordin. Kemunculan Beto Kusyairi yang mempunyai karisma tersendiri sebagai Zaid memberikan impak mendalam apabila Zaid jatuh cinta pada Laila tanpa dia mengetahui Laila adalah sahabat baik isterinya,Surina.

Kekurangan Surina yang tidak dapat melahirkan zuriat sendiri membuatkan Zaid mula menagih cinta pada Laila. Zaid yang telah lama memendam cintanya terhadap Laila akhirnya memperisterikannya. Laila bahagia kerana akhirnya bertemu lelaki idamannya tanpa mengetahui yang Zaid adalah suami kepada Surina.Sekali lagi konflik terjadi apabila Laila berkunjung ke rumah Surina dan melihat gambar perkahwinan Zaid dan Surina.

Walaupun pada mulanya Laila tidak dapat menerima hakikat Zaid sanggup berbohong dengannya, akhirnya dia redha kerana dia kini mengandungkan zuriat Zaid. Laila cuba untuk menebus kesalahannya pada Surina dengan mencadangkan agar anak dalam kandungannya diserahkan kepada Surina untuk dijadikan anak angkat. Zaid bersetuju kerana dia inginkan anak dari darah dagingnya sendiri tapi menyembunyikannya daripada pengetahuan Surina. Kata-kata Zaid kerap memerangkap dirinya sendiri apabila ibu Surina sering bertanyakan pada Zaid tentang bayi yang diberi nama Zehra itu.

Mungkinkah segala rahsia yang tersembunyi akan tersimpan kemas untuk selamanya? Layakkah Laila mendapatkan kemaafan daripada Surina yang telah banyak berkorban untuk dirinya? Segalanya akan terbongkar pada episod terakhir Sirrun pada 1 Oktober ini jam 8.30 malam, di slot Ratu, hanya di TV9 (Saluran 119).

zarina

surina

beto Zarina

beto n anzalna

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anugerah Golden Awards 2012 Catat Rating 1.2 Juta Penonton

Maraton Filem James Bond di ntv7