in

Jonas Brothers Live In Malaysia Stadium Negara

Jonas Brothers Live In Malaysia Pada 24 Oktober Di Stadium Negara

Penantian telah berakhir dan kumpulan trio popular, Jonas Brothers akhirnya akan melawat negara kita menerusi konsert pertama mereka, Jonas Brothers Live In Malaysia anjuran The Wonderland. Konsert ini bakal diadakan 24 Oktober depan bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Kumpulan yang dianggotai tiga bersaudara iaitu Joe, Kevin dan Nick Jonas dijangka akan menggegarkan Kuala Lumpur dan juga peminat dengan persembahan hebat mereka.Harga tiket persembahan yang dikenakan adalah RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt) tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Jonas Brothers Live In Malaysia Pada 24 Oktober Di Stadium Negara

Kumpulan Jonas Brothers ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia melalui Filem Asal Saluran Disney, Camp Rock dan juga ekuelnya, Camp Rock 2: The Final Jam sekitar 2009/10 dan sekaligus berjaya menempatkan mereka sebagai pemenang di Anugerah Muzik Amerika, Teen Choice Award dan lain-lain.

Kumpulan ini juga berjaya dalam projek masing-masing. Sebagai anak bongsu daripada ketiga beradik itu, Nick yang kini berusia 19 kembali membintangi siri Smash yang disiarkan di saluran NBC. Malah baru-baru ini dia juga mengambil alih watak Daniel Radcliffe dalam How to Succeed in Business Without Really Trying on Broadway.

Abangnya Joe, selepas menjadi bintang undangan sitkom TV Land sitcom Hot in Cleveland kini sedang bersiap sedia untuk membintangi beberapa buah filem termasuk mahu bergelar produser.

Kumpulan ini juga akan muncul dalam program realiti terbaru Kevin untuk saluran E! berjudul Married To Jonas, yang akan memfokus kepada kehidupan rumah tangga abang sulung mereka itu dengan isterinya, Danielle.

Walaupun baru-baru ini muncul khabar angin mengatakan kumpulan ini sudah berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri dengan projek peribadi mereka, bagaimanapun pada tahun ini, kumpulan itu secara baik menamatkan kontrak mereka dengan Hollywood Records dan Mouse House selepas enam tahun bersama mereka serta 17 juta unit album dijual.

Bukan itu saja, Jonas Brothers juga membeli balik hak cipta rakaman, merchandise dan bahan penerbitan yang diakui mempunyai nilai harga yang cukup besar.

Tindakan mereka itu bukan saja melenyapkan khabar angin bahawa mereka sudah berpecah tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai perancangan yang cukup besar iaitu untuk mempersiapkan mereka ke tahap yang seterusnya iaitu membuat kemunculan semula menerusi Konsert Radio City pada 11 Oktober depan di New York. Malaysia dipilih oleh trio sensasi ini sebagai sebahagian daripada lawatan kemunculan semula utama mereka dalam arena nyanyian.

Saksikan Jonas Brothers Live In Malaysia dan hayati muzik mereka di atas pentas untuk kali pertama pada 24 Oktober 2012 bertempat di Stadium Negara!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang ticketcharge.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Petrosains National Science Show Competition 2012

Anugerah Golden Awards 2012 Catat Rating 1.2 Juta Penonton