in ,

Aniq Suhair Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Lebih 90 Orang Sepupu

Pelakon lelaki yang semakin meningkat naik, Aniq Suhair mendedahkan dia mempunyai lebih 90 orang sepupu di sebelah ibunya.

Aniq berkata, dengan memiliki jumlah sepupu yang terlalu ramai, sambutan Aidilfitri yang dirai bersama-sama dengan sepupunya terlalu meriah.

“Kalau nak tahu sepupu saya belah ibu sahaja ada lebih 90 orang, lagipun ibu saya mempunyai seramai 14 orang adik-beradik. Sepupu saya yang paling tua pun baru berumur 36 tahun.
“Jika pulang beraya di kampung ibu di Taiping, Perak, memang cukup meriah dan luar biasa, tambahan pula masa lepas PKP dan semua dapat berkumpul, suasana jadi riuh,”

– Aniq

Aniq berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis berbuka puasa dan ramah mesra anjuran Viu Malaysia yang berlangsung minggu lalu.

Dalam pada itu, Aniq yang juga anak sulung dari enam orang beradik itu menyatakan dia sudah pun memperuntukkan duit raya untuk diberikan kepada sepupu-sepupunya ketika beraya nanti.

Aniq Suhair Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Lebih 90 Orang Sepupu

“Tahun lepas memang saya tak dapat beri duit raya, jadi tahun ni saya memang dah peruntukkan sedikit untuk diberikan kepada sepupu yang masih lagi kecil.

“Cuma untuk sambutan Aidilfitri nanti saya bersama keluarga akan sambut di kampung halaman ayah di Alor Setar, Kedah terlebih dahulu,”

– Aniq Suhair

Mengenai persiapan untuk menyambut Hari Raya, Aniq menyatakan dia sekadar membuat persiapan ala kadar dan hanya menyediakan empat pasang baju Melayu sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Felix & Lotter Bikin Comeback di Bawah Label WonderWave Records

RITA RUDAINI

“Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu,” – Rita Rudaini