in

Amyza Aznan, Syanie, Nik Sayyidah, Didie Dalam R&R

R & R : KONGSI PLOT MENARIK BERLAKU DI KAWASAN RAWAT DAN REHAT BERSIARAN DI TV2

Tidak ramai yang mengetahui pelbagai ragam berlaku di kawasan rawat dan rehat (R & R) yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna lebuhraya. Malah sebelum ini kejadian yang berlaku di kawasan dikenali R & R ini tidak pernah diangkat ke layar skrin untuk dikongsi sama dengan penonton.

Namun bersesuaian dengan cuti penggal persekolahan telah pun bermula di mana ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa keluarga masing-masing memulakan perjalanan menggunakan lebuhraya tidak kiranya samada mahu pulang ke kampung atau pun bercuti ke destinasi menarik seluruh negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan drama bersiri tontonan malam minggu, R & R mulai 12 Disember 2009, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV2.

R & R mengangkat sisi kejadian berlaku di sebuah kawasan rawat dan rehat di satu perhentian di lebuhraya. Dikawasan itu juga terdapat pelbagai gerai makanan dan minuman diantaranya Gerai Makanan Panas Roslina, Gerai Masakan Utara Ruminah dan Gerai minuman Ray. Terdapat pelbagai saingan bagi menarik pelanggan datang ke gerai masing-masing.

Ratna anak kepada Ruminah tidak berpuas hati apabila sebuah lagi gerai menjual nasi dibuka. Pemilik gerai itu bernama Roslina, janda muda yang cantik dan ramah. Ratna bimbang gerai baru itu akan menyebabkan perniagaan di gerai mereka terjejas. Ruminah memberitahu Ratna supaya jangan merasakan pembukaan gerai baru itu sebagai satu ancaman kepada perniagaan mereka kerana mereka sama-sama ingin mencari rezeki.

Pembukaan gerai Roslina yang menjadi tumpuan pelanggan turut membantu peningkatan perniagaan Ray yang menjual beraneka jenis minuman. Roden, pekerja Ray yang pandai menyediakan pelbagai jenis jus buah-buahan campuran tidak menang tangan melayan permintaan para pelanggan yang datang makan di gerai Roslina.

Dalam usaha menggiatkan promosi gerainya, Roslina bekerjasama dengan Ray memperkenalkan hidangan set di mana pelanggan membayar satu harga untuk makanan dan minuman. Situasi itu menimbulkan rasa tidak puas hati di hati Ratna yang cemburukan perniagaan Roslina.

Pada masa sama watak Rahmah sebagai penyelia R & R diperkenalkan dalam menyedarkan pengguna supaya menjaga kebersihan kawasan rawat dan rehat juga tandas awam bersama. Rahmah bertindak sebagai seorang penyelia yang baik terhadap pekerja-pekerjanya dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua orang terutama dengan pemilik gerai-gerai itu. Di pertengahan cerita Rahmah menjalinkan hubungan cinta dengan Roden yang menjadi kegilaan ramai kerana kekacakannya. Namun hubungan itu dicemburui Roslina yang dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Rosie, wanita kaya separuh usia yang begitu bersungguh mahu merebut hatinya.

Konflik cerita berterusan dengan watak Ratna yang menjadi penggerak utama cerita. Sebagai seorang anak dia cuba mempengaruhi ibunya supaya memusuhi Roslina yang juga pesaing terdekat gerai mereka. Ratna juga mempergunakan segala peluang yang ada untuk mengugut orang di sekelilingnya dan yang menjadi mangsanya termasuklah Rosie yang cuba mahu memikat Roden. Ratna turut membuatkan hubungan cinta Roden jadi huru-hara kerana niat jahatnya mahu ’melagakan’ dan sekaligus merosakkan hubungan baik Roslina dan Rahmah yang masing-masing menyintai pemuda itu.

Kelakuan Ratna menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka. Hasrat mereka baik semata-mata mahu Ratna berubah dan mengubah tabiat buruknya itu. Lalu mereka menjalankan misi menculik Ratna daripada ibu dan bapa tirinya. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah hasrat keluarga Ratna mahu menjodohkan anak tunggal mereka dengan Roden kesampaian?

Keseluruhan 26 episod drama bersiri menarik R & R ini menyaksikan lakonan berkesan Amyza Aznan, Nik Sayyidah, Didie Alias, Syed Aiman, Syanie dan Mahmud Ali Basha.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Farliana Penyanyi Baru Di Bawah Pengurusan Julfekar

Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009