in , ,

Syanie Hisham Terkilan Ditawar RM500 Untuk Berlakon Dua Episod Drama 

Pelakon senior, Syanie terkilan kerana sekali lagi dia ditawarkan bayaran cukup rendah yang tidak munasabah oleh sebuah produksi untuk kemunculannya dalam dua episod drama.

Menurut selebriti berusia 48 tahun itu, dia terkejut apabila ditawarkan dengan bayaran sedemikian jika dibandingkan dengan pengalamannya sebagai seorang pelakon senior.

“Pihak produksi ada menefon saya dan menawarkan ‘job’ lakonan sebanyak dua episod dan apabila saya bertanya kepadanya berapa bayaran yang mereka tawarkan dan mereka menjawab hanya RM500.

“Pada awalnya saya menyangkakan RM500 untuk satu episod tetapi sebenarnya dua, kemudian saya sarankan mereka untuk cari pelakon lain,” katanya.

Tambah pemilik nama Syanie Hisham itu, dia menolak tawaran berkenaan bukan kerana dia sombong atau berlagak diva.

Jelasnya, dia penolakan itu dilakukan atas alasan pengalamannya yang sudah lama terlibat dalam bidang lakonan yang diceburi sejak berusia 17 tahun.

“Saya bukan sombong, malah gembira ditawarkan peluang untuk berlakon, namun biarlah bayaran itu berpatutan.

“Saya sudah lama berlakon dan tidak kisah untuk menerima tawaran sekiranya bayarannya berbaloi,”ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fungsi Bixby Routines Samsung Galaxy A52s 5G Memudahkan Tugasan Harian

Single Pertama Zee Rahmat Berjudul M.O.V.E, Khas Buat Anda Yang Mahu ‘Move On’