in ,

Mahu Jaga Maruah Suami, Syanie Hisham Kini Istiqamah Berhijab

Selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati Zahril Hafiz Mohammed pada 19 Februari lalu, pelakon Syanie Hisham berkata dia membuat keputusan untuk berhijab pada hari pernikahannya.

Pelakon berusia 47 tahun itu berkata keputusan untuk bertudung itu sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu dan dia mengotakan janji tersebut.

“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.

“Cuma ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.

Dalam pada itu, Syanie berkata dia nekad membuat keputusan untuk bertudung demi menjaga batas dan maruah suaminya selepas bergelar isteri.

“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” katanya lagi.

Mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu, Syanie mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama erunding kewangan berstatus duda di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Komen Semakin Kuat Melangkah, Erul Samah TAK BISA Mengalah

Ramayan Pertaruhkan Album Epik Fantasi