Betul juga orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang pergi tu, sebenarnya memang tak sama dengan yang datang berganti tu.
Dan bagi Julfekar, komposer yang pernah mengurus artis seperti Farawahida kini dah ada penyanyi baru untuk dibimbing. Ini dia, Budiey perkenalkan… FARLIANA!
Gadis tinggi lampai yang berasal dari Johor ini rupanya baru berusia 16 tahun. Masih muda dan bakatnya boleh tahan. Nyanyiannya untuk lagu single pertamanya, SETULUS HATI telah diperdengarkan di Sidang Media Anugerah Bintang Popular – Pencalonan Awal – dengan tema Kemuncak Kegemilangan yang berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses pada jam 3 petang tadi.
Farliana adalah pemenang tempat ke-3 Bintang Idola dan tahun lepas kalau anda masih ingat, Farliana adalah salah seorang anggota sebuah kumpulan South Trio yang menyertai Gangstarz.
Diharap sejarah tak mungkin berulang…
hmmm…..pe2 la julfekar….semoga x berulang kisah silam ko tuh….
wah…julpekar dpt pucuk muda la…hikhik
cam muka datin tiara pn da gk..huhuhu..
wah…apakah ini mangsa terbaru fantastic 4 ini? harap artis ni berhati-hati la ya jgn jadi mangsa seterusnya
Harap dahulukan pelajaran berbanding nyanyian. muda lagi ni…jgn sia2kan masa depan yg ada! anyway kalau ada bakat, teruskan…dan semoga pandai jaga diri…jgn tergadai body udahla ye!
Hai…senyum lebar le si Julpekar ni…dapat anak dara sunti….if I am her parents I would take her far far away from that man!