in

Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009

Bak kata Winnie Sin, Pengarah atau kira taukeh Rafflesia…”Barangan kemas adalah sahabat baik kepada model.”

Jadi mungkin sebab itu, Rafflesia menaja RM166,000 untuk The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009. Bravo! Bravo!

Dalam pada kelihatan anggun, model juga kena pandai dan tahu bagaimana nak memakai barangan kemas supaya nampak bertambah anggun.

Tapi rasanya ada ke, model pakai barangan kemas nampak lagi buruk? Rasanya takde… kalau dah kata barang kemas mestilah lagi nampak cantik.

Kalau nak tahu, Winnie Sin dan Amber Chia memang sahabat baik, jadi masa nilah nak kasi kerjasama dan sokongan untuk kawan-kawan.

Pada hari Sabtu ini, pertandingan ini akan tamat dengan pengumuman pemenang. Setiap Juara model lelaki dan wanita akan membawa pulang barangan kemas bernilai RM50,000 setiap seorang. Manakala tempat kedua mendapat barangan kemas bernilai RM20,000 dan tempat ketiga pula dapat barangan kemas bernilai RM10,000 setiap satu.

Di sidang media itu, Amber Chia seperti biasa bergaya dengan dress gaun berwarna ceria yang terang bercorak abstrak yang seksi!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amyza Aznan, Syanie, Nik Sayyidah, Didie Dalam R&R

Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009