Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

“Allah Permudahkan Segalanya, Sekarang Saya Dah Tahu Kebenaran,” – Hidayah

Pada September lalu balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini berhubung tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Hidayah meluahkan rasa syukur Allah telah mempermudahkan segala urusannya dan di hari Jumaat yang mulia dia akhirnya mengetahui kebenaran. Dalam pada itu, Hidayah turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa membantu dan memberi kerjasam kepadanya. Turut disertakan hashtag #AllahMahaAdil, #SemuanyaAkanTerjawab.

Meskipun tidak mengetahui kebenaran apa yang dimaksudkan oleh Hidayah, namun rata-rata netizen tumpang bersyukur apabila satu per satu perkara terbongkar dan memberikan kata-kata sokongan kepada Hidayah.

Kata netizen lagi, doa orang teraniaya cepat dimakbulkan Allah dan mereka juga berharap Hidayah kuat dan sabar untuk membesarkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah.

Terdahulu, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober ini mengenai tuntuhan hadanah. Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version