in , , ,

Drama Bersiri Adaptasi Novel DIA BIDADARI DARI SYURGA Lakonan Halim Radzi & Sharifah Husna

Adaptasi Novel “Dia Bidadari Dari Syurga”, Setiap Hari di TV Okey

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan tayangan drama adaptasi novel dengan tajuk sama, ‘Dia Bidadari Dari Syurga’ karya Syamnuriezmil yang akan disiarkan mulai 23 Oktober ini, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey. 

Menyatukan gandingan pelakon utama Halim Radzi dan Sharifah Husna, 20 episod drama terbitan Sazawan Supply Sdn Bhd ini diarahkan Izzman Hafiz.

Pelakon Dia Bidadari Dari Syurga

Ikuti perjalanan cerita menerusi watak gadis cantik bernama Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat bapanya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat, kerana hanya bapanya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. 

Malangnya di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat bapanya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, mula meletakkan perempuan semuanya sama sahaja. Namun beliau sudah berjanji dengan ibunya untuk membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani pada minggu itu. 

Pelakon Dia Bidadari Dari Syurga 2

Untuk menyelamatkan keadaan ketika itu, Marissa terpaksa dijadikan kambing hitam untuk tidak mengecewakan ibu Zakuan. 

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu kepada ibu Zakuan yang dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati kerana beliau telah jatuh hati kepada Marissa.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Dia Bidadari Dari Syurga

Selain Halim Radzi, dan Sharifah Husna, ia turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin, Dayana Roza, Nora Lunia, Syaffiq Sahli, Ady Fakhruddin, dan Nurul Iman.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Allah Permudahkan Segalanya, Sekarang Saya Dah Tahu Kebenaran,” – Hidayah

Siti Nurhaliza Lancar Video Muzik SIAPA TAK MAHU Menampilkan Mira Filzah & Hun Haqeem