in , ,

Kugiran Masdo Ungguli Carta Artis Paling Banyak Didengari di Spotify

Kugiran Masdo terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila mengungguli carta artis Malaysia paling banyak didengari di platform penstriman muzik, Spotify, sepanjang 2023 hingga 5 Februari lalu, iaitu pada kadar 1.39 juta kali.

Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah mengakui tidak menjangka kejayaan itu, namun, dua single yang dilancarkan tahun lalu, iaitu Inilah JalanNya dan Pujaanku duet bersama Aisyah Aziz, membantu mereka mencapai rekod itu.

“Sejujurnya, saya dan anggota Masdo yang lain tidak pernah menjangka perkara itu akan terjadi. Kami sebagai ahli muzik hanya mahu terus berkarya. Mungkin kebetulan tahun lalu ada rezeki untuk Masdo.
“Mungkin juga ‘rasa’ baharu yang kami sajikan menerusi lagu Inilah JalanNya dan Pujaanku mendapat tempat di telinga pendengar. Mungkin mereka sukakan lagu bernuansa sedemikian.
“Jadi, kami rasa sangat bertuah dan bangga. Kami bagai tidak percaya apabila Masdo dinobatkan sebagai artis Malaysia paling banyak didengari di Spotify,”

– Ali Sariah

Pada carta itu, Kugiran Masdo yang turut dibarisi Putu Ceri selaku pemain bes, Asmawi (gitar) dan Azham Ahmad (dram) mendahului Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi, Exists, Aizat Amdan, Ella, Hael Husaini, Search dan Faizal Tahir.

Ali berkata, mereka merancang melancarkan album baharu kerana Kugiran Masdo akan menyambut ulang tahun ke-10, tahun depan.

“Kami agak sibuk dengan persiapan untuk menyambut ulang tahun ke-10 itu. Mungkin dari segi pembuatan album dan jelajah seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Indonesia.

“Segala-galanya serba baharu untuk Masdo sebab kami sudah 10 tahun dalam industri muzik. Kami mahu beri hadiah kepada peminat sebab sentiasa menyokong Masdo dari awal hingga sekarang,”

– Ali Sariah

Kugiran Masdo bakal berentap bersama 11 finalis lain dengan mempertaruhkan lagu Inilah JalanNya pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ali Jual Terpaksa Kereta, Motosikal & Trofi Demi Langsai Hutang Hidayah

SARIMAH AHMAD

Datuk Sarimah Ahmad Bebas Kanser Usus Selepas Jalani Pembedahan