in , ,

Konsert Ungu di Kuantan Ditunda Tarikh Untuk Hormati Bulan Ramadan

Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air (Pesta Muzik Kuantan) Pada 24 Februari Ditunda & Akan Temui Peminat 4 Mei 2024

Walaupun asalnya ada rancangan untuk mengadakan pesta muzik khas untuk penduduk Pahang dan Pantai Timur pada 24 Februari ini, namun pihak Showpro Entertainment Sdn. Bhd. telah memutuskan untuk menangguhkan acara tersebut. Tindakan ini diambil bagi menghormati pelbagai budaya dan agama rakyat Malaysia serta menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Acara tersebut kini telah ditukar namanya kepada “UNGU DI KUANTAN BERSAMA ARTIS TANAH AIR”.

Dalam mengambil kira perkembangan semasa dan sensitiviti masyarakat, terutamanya menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, pihak penganjur bersetuju untuk menunda pesta ini kepada tarikh 4 Mei 2024. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua artis dan pihak yang terlibat.

Objektif asal acara “UNGU DI KUANTAN BERSAMA ARTIS TANAH AIR” adalah untuk mempromosikan kebudayaan tempatan, memberi sokongan kepada industri seni, serta membantu ekonomi tempatan melalui karnival penjualan produk tempatan dan aktiviti menarik di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Pihak penganjur meminta maaf kepada pembeli tiket atas sebarang kesulitan yang timbul akibat perubahan tarikh acara. Pembeli tiket boleh mengekalkan tiket yang dibeli dengan tarikh baru pada 4 Mei 2024.

Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan kerjasama, serta memohon maaf sekali lagi atas segala kesulitan yang timbul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ERNIE ZAKRI

Ernie Nafi Dakwaan Peminat Misteri Konon Jalin Hubungan Dengan Pemuzik

Ali Jual Terpaksa Kereta, Motosikal & Trofi Demi Langsai Hutang Hidayah