in , ,

Akim Mengaku Bercinta Dengan Stacy Sejak 3 Tahun Lalu

Penyanyi dan pelakon, Akim Ahmad mengejutkan semua pihak apabila akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya dengan Stacy Anam ketika ditemubual sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.

“Kami sudah kenal rapat dan menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh tiga tahun. Apa salahnya saya mengorak satu langkah ke hadapan apabila perasaan bersedia itu datang dalam diri saya. Malah Stacy sendiri pun tidak tahu menahu yang saya membuat keputusan untuk membuat kenyataan berkenaan. Tapi dia ada juga berkongsi dengan saya yang beberapa pihak menghubunginya untuk bertanyakan perihal perkara itu.”

Akim berkata, sebarang perbincangan untuk ke peringkat seterusnya masih belum dibuat serta enggan memaksa Stacy untuk menukar agama dalam masa yang terdekat. Akim menyerahkan kepada Stacy untuk membuat keputusan atas kehendaknya sendiri.

“Saya tak nak letakkan beban dalam percintaan kami. Sebarang keputusan yang diambil oleh Stacy biarlah atas kehendak dan kerelaan dia sendiri. Lagipun isu agama ini begitu sensitif dan saya tak nak paksa dia. Buat masa sekarang saya hanya memohon doa serta menyerahkan kepada Allah ialah mana tahu jika ada rezeki kita dapat saudari baru dalam Islam. Kepada yang menyokong kami, doakan yang terbaik buat kami berdua,” kata Akim lagi.

Selain itu, Akim turut tercalon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo/Berkumpulan Popular untuk Anugerah Bintang Popular BH 2014 yang bakal berlangsung pada 5 April depan di Genting Highlands.

Sumber: Berita Harian

kembali akim stacy

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Inilah Tips Kulit Cantik & Cerah Sempurna Hanis Zalikha

Bongkak Elizad Sharifuddin Buat Ungku Ismail Menyampah?