in

AirAsia Tawar Diskaun 50% Untuk Penerbangan Ke Indonesia

Terokailah Indonesia! AirAsia bakal menawarkan tambang eksklusif sehingga 50 peratus* untuk penerbangan ke Indonesia di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017 pada 22 hingga 24 September 2017 di IOI City Mall, Putrajaya dari 10 pagi hingga 10 malam.

Selari dengan pengumuman kerjasama baru-baru ini di antara Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dan AirAsia, pameran pelancongan pada hujung minggu ini akan dianjurkan oleh kedua-dua pihak dan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AirAsia untuk memacu sektor pelancongan Indonesia dan Malaysia melalui rangkaian yang luas. Para pengunjung boleh mendapatkan tambang eksklusif itu hanya menerusi tempahan di pameran pelancongan tersebut untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 21 November 2018.

Spencer Lee

Tambang eksklusif ini boleh didapati di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kepulauan Indonesia adalah salah satu kebanggaan Asean dan kami bangga dapat menerbangkan para tetamu ke 15 bandar yang berbeza di negara itu. Melalui pameran perlancongan ini, kami berharap dapat menarik dan menggalakkan lebih ramai tetamu untuk menerokai keindahan Indonesia dengan AirAsia. Permintaan perjalanan antara Indonesia dan Malaysia amat positif dan kami berharap untuk meningkatkan lagi ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara melalui rangkaian luas dan tawaran hebat kami. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan Republik Indonesia di atas sokongan mereka dan kami berharap untuk terus menghubungkan para tetamu ke dan dari Indonesia serta seluruh rantau ini.”

AirAsia menghubungkan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih daripada 350 kali penerbangan seminggu ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar, dan Yogyakarta. AirAsia juga menawarkan laluan unik seperti Kuching-Pontianak, Kuala Lumpur-Semarang, Kuala Lumpur-Solo, Kuala Lumpur-Makassar, dan lain-lain.

Selain beroperasi dari hab utamanya di Kuala Lumpur, syarikat penerbangan itu juga menerbangkan para tetamu dari Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching ke Indonesia dan baru-baru ini telah menambah lebih banyak kekerapan ke beberapa laluan untuk memenuhi permintaan perjalanan yang kian meningkat untuk Indonesia dan Malaysia.

Terdapat juga persembahan khas dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk para pengunjung di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017. Rakan-rakan niaga AirAsia seperti AirAsia BIG dan AirAsiaGo, serta agensi pelancongan lain juga akan mengambil bahagian dalam pameran ini untuk menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang hebat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik TARIK JEANS Kini Dibuka di Robinsons, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Hazama Hadiahkan AKU BUKAN DEWA Istimewa Untuk Peminat