in

AirAsia Bantu Yayasan Seribu Harapan Malaysia

AirAsia membawa keceriaan kepada kanak-kanak dari rumah Yayasan Seribu Harapan Malaysia hari ini dengan pengagihan hidangan makanan terbaru sempena Deepavali oleh syarikat penerbangan tersebut iaitu Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani dan Murukku, serta meraikan pesta cahaya yang bakal tiba.

Hidangan baru iaitu Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani dibuat dengan daging ayam yang diperap dan dipanggang bercampur dengan gabungan rempah-ratus unik bersama dengan tomato segar dan mentega; dihidangkan dengan nasi Pulao Biryani dan kari sayur-sayuran.

AirAsia Bantu Yayasan Seribu Harapan Malaysia

AirAsia raikan kecerian Deepavali dengan kanak-kanak dari rumah Yayasan Seribu Harapan Malaysia

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata,

“Kami gembira dapat meluangkan masa pada pagi yang bermakna ini dengan kanak-kanak dari Yayasan Seribu Harapan Malaysia sambil meraikan Deepavali lebih awal dengan mereka. Kami membawa hidangan makanan dalam penerbangan kami yang telah dicipta khas untuk musim perayaan Deepavali supaya mereka juga dapat menikmatinya. Kami berharap mereka menikmati semua aktiviti yang telah disediakan selain daripada menikmati makanan Deepavali yang lazat.”

‘Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani’ boleh ditempah di www.airasia.com dan juga boleh dibeli di dalam penerbangan AirAsia (AK) dan AirAsia X (D7).

Yayasan Seribu Harapan Malaysia merupakan pusat penjagaan yang diasaskan oleh En Muneswaran pada 2010 dan menempatkan lebih 50 kanak-kanak dari umur 2 hingga 19 tahun. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan sebagai guru, fasilitator dan mentor kepada kanak-kanak di situ. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana anda boleh membantu, lawati laman Facebook mereka di facebook.com/yshmofficial/.

Untuk maklumat dan promosi terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengambaran KBS Korean Drama ON THE WAY TO THE AIRPORT di Malaysia

Konsert Muzikal ONE THOUSAND MILLION SMILES di KLPac