in , , ,

Ada Sebab A. Aida Bercerai dengan Pelakon Ariff Aziz

Penerbit Datuk A. Aida mengakui dirinya kini sudah bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz pada 25 April lalu, meskipun baru sembilan bulan berumah tangga.

A. Aida berkata, keputusan berat itu terpaksa dibuat selepas kedua-duanya tiada lagi persefahaman dan masing-masing bersetuju berpisah secara baik.

“Tiada siapa pun yang mahu sebuah perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan. Saya hanya memohon semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja kerana ajal dan jodoh adalah rahsia Allah.

“Saya mengambil masa selama dua bulan untuk berkongsi berita ini atas dasar tanggungjawab mengelakkan fitnah dan meneruskan kehidupan seperti biasa,”

– A.Aida

Turut hadir ialah peguam kepada A. Aida, Zulkifli Che Yong.

Bagaimanapun, pemilik syarikat A.Aida Production itu enggan mendedahkan punca perceraian antara mereka dan menolak dakwaan kewujudan orang ketiga sebagai punca perpisahan yang berlaku.

“Saya memang telah bertekad mahu bercerai dan tidak menyesal. Lagipun saya sudah mempunyai segala-galanya dan reda dengan segala yang terjadi,”

– A. Aida

Ariff, 29, merupakan suami keempat A. Aida setelah kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

A. Aida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 dan bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha yang kini berusia 17 tahun.

Kemudia beliau berkahwin dengan pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2007, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul berusia 10 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zed Zaidi Dapat Anak Kembar

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari