in , ,

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari

Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin mengesahkan dia dan penyanyi Sam Bunkface sudah bercerai pada hujung Januari lalu.

Kata wanita berusia 32 tahun itu, keputusan bercerai dibuat atas keputusan bersama dan kedua belah keluarga reda serta merestui keputusan itu.

Sam bunkface kahwin.jpg

“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.“Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu,”

– Aida Azira

Aida mengambil keputusan untuk memberi kenyataan bagi mengelak berlaku kekeliruan jika ramai beranggapan mereka masih suami isteri.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama,”

– Aida Azira

Terdahulu, Sam tampil memberi kenyataan masih tinggal bersama Aida walaupun rumah tangga mereka mengalami sedikit pergolakan.

Penyanyi terbabit turut bertindak memadam foto bersama isterinya di Instagram dengan alasan ingin menggunakan platform itu untuk kerjaya saja.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab A. Aida Bercerai dengan Pelakon Ariff Aziz

Live Crowdfunding Powered By Pitchin At Wild Digital Southeast Asia 2019