in , ,

Zed Zaidi Dapat Anak Kembar

Pelakon Zed Zaidi bersyukur apabila isterinya, Natalia Mustafa Kamal selamat melahirkan anak kembar perempuan, tengah hari tadi.

Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 39, berkata, isterinya melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan dan bersyukur semuanya berjalan dengan baik.

“Kembar saya itu dilahirkan sekitar jam 1.33 tengah hari tadi. Alhamdulillah, isteri dan anak sihat serta baik-baik belaka. Saya anggap kelahiran bayi kembar ini sebagai hadiah istimewa sempena Hari Bapa,”

– Zed Zaidi

Pelakon yang popular menerusi drama Sembilu Kasih itu mengakui, pada mulanya terkejut apabila dimaklumkan doktor mereka bakal menimang anak kembar.

Apatah lagi, salasilah keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah mempunyai rekod kelahiran anak kembar.

“Ada yang kata, kami membuat proses persenyawaan luar rahim atau IVF. Tidak mungkin kerana proses itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Ramai juga yang meminta petua untuk mendapat anak kembar. Selain rezeki daripada Allah, saya juga amalkan minum susu setiap hari.

“Kami tidak pernah merancang, tetapi selepas tujuh tahun menanti, Allah menghadiahkan kami bayi kembar. Alhamdulillah,”

– Zed Zaidi

Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011. Pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marina Bay Sands Welcomes Hong Kong’s Iconic Mott 32

Ada Sebab A. Aida Bercerai dengan Pelakon Ariff Aziz