in ,

Ada Apa Pada Single ANTA PERMANA Datuk Seri Siti Nurhaliza

Bangun pagi ini, Budiey terus capai telefon bimbit. Terus bukak aplikasi Spotify dan buat carian lagu terbaru ANTA PERMANA yang dikatakan sangat berhantu tu. Wow belum apa-apa lagi dah berhantu. Takutlah kalau macam ni. 

Bangun pagi ini, Budiey terus capai iPhone. Cepat-cepat terus bukak aplikasi Spotify dan buat carian lagu terbaru ANTA PERMANA yang dikatakan sangat berhantu tu. Wow belum apa-apa lagi dah berhantu. Takutlah kalau macam ni.

Mengulas pasal tajuk, bunyi macam perkataan Arab je kan. Sebab kalau Anta dalam bahasa Arab bermaksud awak. Tapi sebenarnya bukan ya. Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. Ia berkisar pada cinta sejati yang tiada bandingannya. Lebih kurang macam, cinta yang tiada bandingan dan tiada terbatas oleh masa dan ruang. Wow. Deep tak?

ANTA PERMANA Datuk Seri Siti Nurhaliza

Kali pertama dengar, Budiey rasa sangat teruja sekali. Bukan apa, dah lama kan kita tak dengar vokal pemilik akaun IG bernama CTDK ni dalam nuansa irama etnik moden kontemporari macam ni. Juga kalau korang dengar betul-betul pada lenggoknya. Waduh… karen banget!

Budiey suka memetik ulasan ringkas wartawan popular, Farihad dari Berita Harian:

“Mendengar lagu ini buat kali pertama sebulan lalu selepas selesai sesi rakaman, perasaan abam terbuai2, seolah2 berada di awangan.

Vokal gemersik Bonda Ratu dan melodi berunsur klasik ciptaan Hael dan Ezra Kong ini memang kena. Terasa seperti berada di zaman 50an lebih2 lagi bila membayangkan cara Siti melenggokkan gaya nyanyiannya.

Moga lagu ini mendapat laluan mudah untuk diputarkan di corong radio kerana melihat kepada sambutan awal yang diberikan peminat sebaik saja dilancarkan di semua pelantar digital mulai hari ini sehingga mampu berada di kedudukan teratas di ITunes, jadi tidak ada sebab untuk ia tidak dimainkan. Tahniah Nour Eriqa dan Rozi Abdul Razak dengan kemunculan #antapermana ❤️😘” – Farihad (BH)

Duduk bersantai sambil repeat lagu ni sampai lebam, tup tup Budiey terbaca berita yang lagu ini melonjak tangga pertama hampir kesemua platform digital termasuklah iTunes Malaysia. Wow! Cepat betul naik mencanak ek.

Manakala ada peminat tegar ctdk ada yang sanggup melanggan Spotify Premium semata-mata nak layan lagu ni secara repeat. Fuh! Kuat betul pengaruhnya.

Jadi tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas pelancaran Anta Permana yang baru dilancarkan.

ANTA PERMANA Datuk Seri Siti Nurhaliza

Malah #AntaPermana turut trending ‘worldwide’ di laman Twitter sejak tengah malam tadi.

Suka Budiey nak petik ulasan daripada peminat ctdk di Facebook:

“Dengar sekali terus jatuh cinta bkn sebab i ni fans Tok Ti je terus suka lagu dia dah memang sedap dan lagu dia mesra pendengar dgn melodi classic dan new arrangement lain daripada yg lain daripada lagu2 beliau sebelum ni…

Come on Tok Ti dah nak masuk 23 tahun dlm industri tak salah dia mencuba sesuatu yg baharu dan lain kan? yg tak minat dan tak suka tu terpulang telinga masing2,minat masing2…Btw, #AntaPermana Ni Totally best kalau tercalon dalam Anugerah Industri Muzik Pun ada harapan boleh menang Lagu Terbaik / Susunan Muzik Dalam Lagu..Who knows kan?

Harap Kak Rozi Abdul Razak dan team2 boleh hantar lagu ni utk AIM akan dtg..hehe 😅🙈” – Faleey Zuan

Nah! Gambar kat bawah ni siap dengan lirik sekali. Budiey percaya ramai peminat yang dah mulai hafal untuk menyanyi bersala Siti semasa persembahan pertama lagu ini di Anugerah Planet Muzik 2018 yang diadakan di Singapura minggu depan. Budiey akan turut berada di sana dan akan terbang ke Singapura untuk buat liputan. Pastinya ada bingkisan video untuk saluran Budiey di Youtube. Kalau bernasib baik boleh menemubual CTDK dan peminat. Tengoklah macamana.

anta permana

Budiey juga tertarik untuk memetik coretan dari peminat ctdk:

“Mendefinasikan magika alam itu adalah sukar….namun jika itu yang anda cari maka Anta Permana adalah jawapannya….😍 ianya simpulan indah suara beliau dan melodi mesra halwa telinga maka hasilnya sangat indah …..

Pertama kali mendengarnya..terpahat terus dijiwa setiap bait lirik seakan tersemat indah disulami alunan muzik yang penuh magika bermain2 diminda…ya..ianya indah..sgt2 indah ..ilusi Anta Pernama terus melekat dijiwa dibawa pelangi minda yg bebas melayari alam magika yg tercipta indah…..

Jika anda mencari magika alam…Anta Permana oleh DS Siti Nurhaliza ada jawapannya…..iya…ianya sgt2 indah…” – Putra Ieez Daniel

Ok bahasa mudah… adunan melodi yg indah dgn bait2 lirik puitis….gabungan mantap melodi moden klasik dan mesra halwa telinga mampu membuat pendengar rasa seakan di alam magika…tahniah Hael Husaini dan Ezra Kong ..anda berdua pencipta fenomena Anta Permana DS Siti Nurhaliza….iya…ianya hebat dan sgt2 indah

Mendefinasikan magika alam itu adalah sukar….namun jika itu yang anda cari maka Anta Permana adalah jawapannya….😍 ianya simpulan indah suara beliau dan melodi mesra halwa telinga maka hasilnya sangat indah …..

Pertama kali mendengarnya..terpahat terus dijiwa setiap bait lirik seakan tersemat indah disulami alunan muzik yang penuh magika bermain2 diminda…ya..ianya indah..sgt2 indah ..ilusi Anta Pernama terus melekat dijiwa dibawa pelangi minda yg bebas melayari alam magika yg tercipta indah…..

Jika anda mencari magika alam…Anta Permana oleh DS Siti Nurhaliza ada jawapannya…..iya…ianya sgt2 indah…

Ok bahasa mudah… adunan melodi yg indah dgn bait2 lirik puitis….gabungan mantap melodi moden klasik dan mesra halwa telinga mampu membuat pendengar rasa seakan di alam magika…tahniah Hael Husaini dan Ezra Kong ..anda berdua pencipta fenomena Anta Permana DS Siti Nurhaliza….iya…ianya hebat dan sgt2 indah

Menurut laporan Berita Harian, single baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi seluruh dunia menerusi platform digital itu. Wow, silap TEPUK!

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial.

“Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi.

“Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tanpa kekangan bahasa, penyanyi atau dari negara mana asalnya.

“Hanya satu harapan saya, Anta Permana yang indah alunan irama dan dilengkapkan lagi dengan bait puitis ini dapat melangkaui khalayak pendengar yang lebih meluas,” – Siti Nurhaliza

Menurut laporan Harian Metro, Siti Nurhaliza Tarudin berkata, lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini dan Ezra Kong itu turut dilancarkan serentak di semua platform digital dan radio tempatan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan dan maklum balas diterima. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong lagu saya.

“Ini adalah kerjasama pertama antara saya dengan Hael dan Ezra. Ia tercetus apabila Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada saya sejak Februari lalu.

“Kali pertama diperdengarkan demo lagu ini pada Mei, saya terus tertarik dan bersetuju untuk merakamkannya. Proses rakaman dibuat bulan lalu berjalan lancar.”

Berkongsi mengenai lagu terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan edaran Universal Music Malaysia itu, Siti berkata, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang bermaksud ‘tidak terkira’ atau infiniti.

“Lagu ini mengisahkan cinta sejati tiada bandingannya. Pemilihan judul lagu ini selain maknanya yang bertepatan lirik lagu, saya berusaha memperkenalkan kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan.

“Saya menaruh harapan tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap peminat muzik tempatan akan menyukainya.

“Sejujurnya, Anta Permana adalah sebuah lagu segar, mesra telinga dan ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasik.”

Menurut Siti, muzik video rasmi yang mendapat sentuhan Rifaiee Omar daripada Rio Films Production akan dilancarkan minggu depan di laman YouTube menerusi saluran DatoSNurhalizaVEVO.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza releases brand new track titled “Anta Permana”, composed by Malaysia’s top producers, Hael Husaini & Ezra Kong. The track talks about love and is performed in a classic Malay poetry style of writing. “Anta Permana” means ‘countless’ which is used in the song to describe an endless love to a person. It’s a classic pop-ethnic/world music/Mediterranean genre combined with a twist of modern electronic arrangement. The new modern arrangement will excite her fans for this single.

Hael admitted that he has always wanted to write a song for Dato’ Sri Siti Nurhaliza. His dream was fulfilled when Dato’ Sri Siti expressed her interest on the demo track of “Anta Permana” that Hael shared back in May.

According to Dato’ Sri Siti Nurhaliza, she fell in love when she heard it for the first time. She believed in the talent of both composers and immediately agrees to record the track in August. The music video is directed by Rifaiee Omar from Rio Films Production and set to release on her YouTube DatoSNurhalizaVEVO account sometime next week.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karier Hazama Hancur Dek Taksub Kejar Kemasyhuran?

Ini Yang Berlaku di Pelancaran MV Lagu Tema GOL & GINCU VOL. 2