in , ,

Abam Bocey Jual Jean Stretchable Untuk Golongan Chubby

Korang yang bersaiz besar dan chubby tu, bolehlah tampil bergaya di hari raya nanti dengan seluar jeans stretchable yang dijual oleh pelawak terkenal Abam ni.

Ada dua pilihan warna iaitu biru dan biru gelap dengan saiz 38 hingga 48 dengan harga hanya RM159.00 sahaja. Manakala saiz 50 hingga 58 dengan hargaRM169.00. Untuk info lanjut boleh dapat info di IG Abam_Bocik.

Sering diaju persoalan mengenai persalinan bersaiz besar yang digayakan, pelawak Abam bakal tampil dengan koleksi jeans keluarannya, tidak lama lagi. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, memberitahu BH Online, dia mendapat inspirasi membantu golongan bertubuh gempal dan gemuk bergaya dengan selesa. “Selama ini, ramai yang bertanya di mana saya mendapatkan jeans dan baju bersaiz besar.

Abam

Jadi saya tergerak hati menghasilkan sendiri pakaian itu. Saya akan tampil dengan koleksi jeans sendiri untuk individu bertubuh besar.

“Buat masa ini, koleksi seluar denim yang ada hanya dua jenis. Seluar jeans ini diperbuat daripada fabrik yang boleh diregangkan untuk keselesaan pemakai.

“InsyaAllah, saya bakal melancarkan koleksi ini sehari dua lagi,” katanya yang sudah mempromosikan produk keluarannya itu di laman sosial. Abam menambah, koleksi jeans yang diberi nama Abam itu bermula dari saiz 38 inci hingga 58 inci dan berharga kurang RM200.

“Saya faham masalah yang sering dihadapi mereka yang berbadan besar seperti saya. Saya harap koleksi pakaian saya ini dapat membantu mereka,”

– Abam

Selain itu, Abam turut menjual kuih tart dan popiah mini udang pedas sempena Aidilfitri.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Abam berkata, dia akan muncul dalam program Serupa Tapi Tak Sama yang akan disiarkan TV3 pada Aidilfitri.

abam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Namron Rela Tidak Berkasut Hayati Watak Dalam Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Fattah Amin Nafi Ada Pertemuan Rasmi dengan Keluarga Fazura