in ,

Namron Rela Tidak Berkasut Hayati Watak Dalam Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Pak Karim mempunyai tabiat yang pelik iaitu tidak pernah berkasut dan dia selesa keluar masuk hutan tanpa berkasut. Tapak kakinya sudah kematu dan ini menimbulkan kerisauan pada Sakinah, anaknya. Dilakonkan wataknya oleh pelakon berpengalaman, Namron sebagai Pak Karim, rupa-rupanya ada kisah yang tersembunyi di sebalik sikap peliknya itu.

Disiarkan khas meraikan sambutan Hari Bapa, telemovie bertajuk “Kasut Untuk Ayah” ini menemui penonton pada 10 Jun ini, pukul 10.05 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1. Ia turut dibintangi Tasha Shila, Afiq Muiz dan Fikhree Bakar.

Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Namron Tidak Berkasut Hayati Watak Dalam Telemovie “Kasut Untuk Ayah”, Raikan Hari Bapa di TV1

Ikuti kisah Pak Karim seorang penjual herba di Pekan Hari. Selama berpuluh tahun, dia mencari sendiri tumbuh-tumbuhan dan herba di dalam hutan di belakang rumahnya, khususnya, daun keladi tikus. Pak Karim amat berminat dengan tumbuhan ini kerana ia sejenis tumbuhan yang mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik, terutamanya, kanser.

Kajian daripada makmal universiti juga telah membuktikan keupayaan herba keladi tikus ini sekaligus mengakui keberkesanannya sebagai penyembuh kanser alternatif yang amat berkesan. Namanya mula dikenali di kampungnya dan produk herbanya mendapat sambutan ramai.

Pak Karim mempunyai seorang anak perempuan, Sakinah pelajar tahun akhir jurusan Sains Bioperubatan daripada sebuah universiti. Sakinah bercita-cita menjadi seorang saintis dan dia sedang berkawan rapat dengan teman sekuliahnya iaitu Shafik dan merancang untuk berkahwin.

Pak Karim mempunyai tabiat yang pelik iaitu tidak pernah berkasut dan dia selesa keluar masuk hutan tanpa berkasut. Tapak kakinya sudah kematu dan ini menimbulkan kerisauan pada Sakinah.

Menjelang Sakinah untuk berkahwin, dia mahu ayahnya berkasut agar dilihat normal. Sakinah berusaha untuk memujuk dan belikan kasut untuk Pak Karim tetapi seringkali ditolak. Kali ini Sakinah berusaha untuk memujuk Pak Karim memakai kasut ke rumah Shafik kerana mereka dijemput oleh keluarga Shafik untuk berkenalan. Pak Karim enggan pada mulanya tapi memikirkan masa depan anak perempuannya, akhirnya Pak Karim beralah.

Akhirnya Sakinah dapat jawapan yang ayahnya tidak berkasut sejak ibunya meninggal ketika membeli kasut untuk dihadiahkan pada hari jadi bapanya. Ketika berkunjung ke rumah keluarga Shafik, barulah Sakinah tahu kematian ibunya dahulu akibat kemalangan langgar lari disebabkan Shafik. Pak Karim telah bertindak mahu memutuskan perhubungan Sakinah dengan Shafik.

Shafik berusaha untuk meminta maaf pada Pak Karim dan Sakinah. Shafik benar-benar rasa bersalah tetapi Pak Karim tidak bersedia untuk memaafkan Shafik.

Di masa yang sama ayah Shafik meminta Pak Karim menyediakan ekstrak daun Keladi Tikus yang dikatakan mampu mengurangkan penyakit kanser ibu Shafik. Pak Karim sanggup sediakan ekstrak keladi tikus untuk ibu Shafik tetapi masih tidak bersedia untuk memaafkan dan menerima Shafik sebagai menantunya.

Ketika Pak Karim cedera di hutan, Shafik telah bersusah payah menyelamatkan Pak Karim. Pak Karim tersentuh hati dengan kesungguhan Shafik seorang diri menyelamatkannya. Baru sekarang Pak Karim sedar bahawa selama ini dia terlalu mengikut emosinya. Pak Karim sedar yang dia perlu redha dan menerima hakikat tentang tragedi yang menimpa arwah isterinya.

Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bazar Terima Kasih Meriah Di Kemaman, Terengganu

Abam Bocey Jual Jean Stretchable Untuk Golongan Chubby