in , ,

Puteri Sarah Mohon Kementerian Agama Siasat Syamsul & Ira Kazar

Semalam, pengarah terkenal Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri kedua, Ira Kazar.

Syamsul turut memaklumkan, isteri keduanya, Ira Kazar juga bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah memohon Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga Menterinya, Dato’ Dr Mohd Naim Mokhtar untuk membuat siasatan ke atas Syamsul dan Ira.

Menurut Puteri Sarah, kes tersebut masih lagi dalam siasatan serta berharap pihak berkuasa tidak membiarkan suaminya dan Ira memalukan serta menjatuhkan maruah pihak Jawi.

Selasa lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur.

Syamsul turut mendakwa isteri pertamanya itu curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki yang berstatus suami orang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Pegang Al-Quran, Dedah Cerita Isu Dengan Syamsul Yusof

Nabil Ahmad Kesal Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang