in , ,

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Ruang Zepp KL agak penuh pada malam itu. Gabungan peminat Nidji dan Budi Doremi teruja kerana akhirnya dapat menyaksikan persembahan depan mata.

Pada hari Ahad lalu, telah berlangsung sebuah konsert yang ditunggu-tunggu. Ternyata konsert kolaborasi kumpulan dan penyanyi dari Indonesia iaitu Nidji dan Budi Doremi yang dibawakan oleh Dream Festival mendapat sambutan baik peminat.

Suasana malam itu dimeriahkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Aisha Retno yang membawakan lagu Sang Dewi oleh Loydra, Andi Rianto dan Sial oleh Mahalini.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Karakter Aisha yang bertenaga di atas pentas menaikkan lagi semangat penonton pada malam itu.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Kemudian, persembahan dimulakan dengan Budi Doremi yang membawakan sembilan buah lagu dan satu lagu berduet bersama Nidji iaitu lagu Doremi.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia
Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Budi akui teruja untuk tampil pada konsert berkenaan memandangkan ini merupakan penampilan sulungnya bagi persembahan berskala besar.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Antara lagu hits yang dinyanyikan oleh Budi ialah Melukis Senja, Mesin Waktu dan Tak Kan Hilang turut kedengaran suara penonton menyanyi bersamanya.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Konsert diteruskan lagi dengan penampilan Nidji yang mendapat sorakkan kuat daripada peminat yang hadir.

“Tahun 2023 adalah tahun ke-21 penubuhan Nidji. Kini selepas 21 tahun, kami seronok dapat meraikannya dengan kawan-kawan di Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja.”

“INI seperti mengulangi semula sejarah kami,” kata Nidji mengenai persembahan di Kuala Lumpur yang juga mempertemukan mereka di pentas buat pertama kalinya dengan penyanyi solo, Budi Doremi.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Nidji membawakan sebelas buah lagu antaranya Laskar Pelangi, Sumpah Cinta Mati dan kegemaran penonton iaitu Hapus Aku.

Lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka membuatkan penonton menari dan turut menyanyi bersama.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Penampilan khas pelakon daripada filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu watak Bang Muluk dan juga pemain keyboard Nidji mengungkapkan dialog daripada filem itu juga antara momen yang terus diingati peminat.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Usai meraih sukses menerusi Dream Festival Collaboration Vol. 1 yang turut menampilkan penyanyi berbakat besar dari Malaysia, Aisha Retno, siri kedua festival muzik yang dinanti-nanti ramai itu bakal menampilkan pula kumpulan popular, Wali Band.

Turut mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur, Wali Band bakal menghangatkan pentas dengan lagu popular mereka dalam rangka persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 pada 20 Mei depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Manhattan FISH MARKET Perkenal Sajian Kampung Kat Sea-Nie

Aaron Aziz Pegang Al-Quran, Dedah Cerita Isu Dengan Syamsul Yusof