in

Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2

Mulanya, Budiey ingatkan kekecohan peminat Aaron Aziz di Twitter hanya satu gurauan. Tapi sebenarnya berita tentang kemalangan yang melihatkan pelakon Aaron Aziz benar-benar berlaku. Patutlah ramai yang terkejut dengan berita ini.

Ekoran ingin melakukan aksi lagak ngeri sendiri, pelakon popular Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 petang semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika adegan pelanggaran kereta di sebuah kawasan parkir di Abdullah Hukum.

Akibat insiden tersebut, Aaron cedera di bahagian bawah tulang belakang dan menerima tiga suntikan di bahagian tangan, badan dan punggung. Hari ini sepatutnya merupakan hari terakhir pelakon drama ‘Nora Elena’ ini menjalani penggambaran filem tersebut.

Namun, akibat kecederaan yang dialami, penggambaran ini mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga kecederaan Aaron kembali pulih. – via GUA

Budiey ucapkan, semoga Aaron Aziz cepat sembuh ya.

Evolusi Kl Drift

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Azura

AirAsia Offers 20% Off All Seats All Flights