in ,

Aaron Aziz Julang Semula Gelaran Bintang Paling Popular

Aaron Aziz

Sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah pun selesai. Selesai menonton secara live dari Dewan Plenari, PICC Putrajaya, Budiey terus ke Post Party. Di sana, Budiey berpeluang menemubual pemenang ABP edisi ke-27 ini.

Budiey ingin ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz yang berjaya merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular dengan meraih 76,742 undi mengetepikan saingan lima finalis lain iaitu Shah Iskandar, Zizan Razak, Adi Putra, Dazrin dan Siti Saleha. Wow, Budiey pun rasa terkejut juga. Kebangkitan semula Aaron Aziz dan mungkin juga peminat Aaronators tidak lagi leka dan sentiasa berwaspada.

ABPBH 2014

Budiey sempat menemubual Aaron Aziz, beliau dengan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya Aaronators yang memberi sokongan padu dan gigih mengundi.

“Mulanya, saya sangkakan Zizan Razak yang akan mendapat anugerah ini kerana Zizan banyak muncul dalam filem boxoffice dan Zizan juga selalu muncul di TV. Tapi kali ini rezeki saya. Ini semua berkat doa dan sokongan daripada peminat.”

Kemenangan ini sekaligus memberi keuntungan yang besar kepada Aaron Aziz di mana beliau membawa pulang hadiah berjumlah RM207,100 di mana beliau bakal memandu pulang hadiah utama, kereta Nissan Teana 2.5L berharga RM180,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, selain barang kemas daripada Natika Gold & Diamond berharga RM25,000 dan jam tangan Tendence bernilai RM2,100 berserta trofi.

Kali terakhir Aaron Aziz mengenggam trofi anugerah tertinggi itu pada ABPBH 2011. Pastinya beberapa filem yang dijayakan oleh Aaron Aziz pada 2013 termasuk KL Gangster 2 memberi kelebihan selain jumlah peminat yang sentiasa memberi sokongan memberi ruang yang luas untuk Aaron merampas kembali trofi Pelakon Filem Lelaki Popular yang pernah dimenanginya pada tahun 2011. Ternyata, usaha gigih peminat Aaron Aziz memang gempak apabila membantu Aaron Aziz mengetepikan pencabar terdekat iaitu Zizan Razak, Adi Putra, Shaheizy Sam dan Pekin. Budiey kira, bukan calang-calang orang.

Keputusan undian diperoleh daripada undian pencalonan top 5 finalis dan pihak penganjur menerima lebih 300,000 borang berserta SMS yang diterima.

Tahniah Aaron Aziz.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Gambar Sekitar Konsert 2NE1 2014 WORLD TOUR di Malaysia